
Dua pelajar bawah umur kantoi gadai maruah dengan guru demi nak dapat markah tinggi
Dua pelajar bawah umur kantoi gadai maruah dengan guru demi nak dapat markah tinggi. Seorang guru telah mengaku melakukan hubungan terkutuk dengan dua orang pelajar perempuan di sekolahnya sebagai bentuk “pertukaran” untuk meningkatkan gred mereka dalam pelajaran.
Namun, guru tersebut menafikan tuduhan bahwa dia memeras atau mengugut para pelajar untuk terlibat dalam perbuatan tersebut bersamanya.
Menurut laporan dari Thaiger, insiden ini berawal ketika seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun didakwa mendapatkan gred yang rendah sehingga tidak dapat melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi di sekolah.
Dalam situasi ini, seorang guru yang dikenal sebagai Thanapon didakwa memanggil pelajar tersebut ke rumahnya untuk membincangkan isu tersebut sebelum terlibat dalam perbuatan yang tidak patut.
Namun, perbuatan ini terbongkar ketika pelajar tersebut mendapati bahwa ada seorang pelajar lain yang bertemu dengan Thanapon.
Kedua pelajar ini dilaporkan terlibat dalam pergaduhan di sekolah sebelum akhirnya diselesaikan oleh pihak sekolah.
Hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pihak sekolah menunjukkan bahwa kedua pelajar tersebut memiliki hubungan yang tidak senonoh dengan Thanapon.
Wakil pengarah sekolah yang dikenali sebagai Anake menyatakan bahwa pihak sekolah telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyiasat isu ini.
Namun, Thanapon berhasil melarikan diri dan meninggalkan sekolah tersebut sebelum tindakan dapat diambil.
Difahamkan, kini Thanapon telah berpindah dan kini mengajar di sebuah sekolah di wilayah Prachin Buri.
Dalam pada itu, Anake menegaskan bahawa pihak sekolah mereka sama sekali tidak terlibat dengan isu tersebut dan menggesa pihak yang berkenaan untuk memfailkan aduan rasmi terhadap perbuatan tidak bermoral Thanapon itu.