‘Tak senonoh perangai’, wanita kantoi kencing depan kaunter pejabat Kastam

‘Tak senonoh perangai’, wanita kantoi kencing depan kaunter pejabat Kastam

‘Tak senonoh perangai’, wanita kantoi kencing depan kaunter pejabat Kastam. Tindakan seorang wanita membuang air kecil di salah kaunter tertutup Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Melalui video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna menerusi TikTok KucengLattah pada Rabu memaparkan seorang wanita memakai pelitup muka dipercayai warga Singapura dalam mencangkung untuk membuang air kecil.

Namun, hasratnya itu tidak kesampaian selepas seorang lelaki menjerit ke arahnya.

'Tak senonoh perangai', wanita kantoi kencing depan kaunter pejabat Kastam

“Apa ini? Tak senonoh perangai belakang kaunter Kastam. Tandas di atas lebih kurang 10 meter pun tak boleh pergi? Mana kesedaran sivik?,” tulisnya.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada waktu malam dan kaunter tersebut ditutup kepada orang ramai.

Mungkin kerana kawasannya yang agak sunyi, wanita berkenaan mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan jijik berkenaan.

Dakwa pemilik akaun TikTok itu lagi, wanita tersebut bukan sahaja melarikan diri tetapi turut terkencing di sepanjang jalan dan ia bukanlah kali pertama terjadi melibatkan orang awam.

“Dah kencing ‘meleleh’ sepanjang jalan, selepas itu lari tak nak basuh. Pengotor!

“Dulu kes buang air besar tepi jalan dan uncle kencing kat dinding bangunan,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula mengaitkan wanita di dalam video berdurasi 14 saat merupakan punca utama sesetengah fasiliti di kawasan berkenaan berbau hancing.

@seekorburungowl Repost balik!! Kena remove sbb nmpak ontot🤣 Apeni!!! Tak senonoh perangai kencing belakang kaunter kastam!! Toilet kat ats lebih kurang 10meter pun tak boleh pergi? Mana sivik????!! So apa tindakan pihak berwajib?? Nmpak salah pegawai jea? Prasarana kotor.. Busuk.. Salah kastam imigresen???! #ica #runsgd🇸🇬🇸🇬🇸🇬🇲🇾🇲🇾🇲🇾 #bangunansultaniskandar #malaysia #singapura🇸🇬 #fyp #foryoupage #kisahnyata #tiadakenamengenadenganhidupdanmati #CapCut #kisahseram ♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

Zaff Mazlan berasa kasihan dengan kakitangan Kastam yang terpaksa menghadapi situasi tersebut.

“Bayangkan kau kerja penat-penat di kaunter, selepas itu terpaksa hadap pula dengan bau sebegitu, kesiannya,” katanya.

“Sekarang aku dah tahu dah punca kenapa tempat kat situ berbau busuk. Ini la punca utama, patut letak kamera litar televisyen tertutup (CCTV) di kawasan itu,” kata Maxweel Well.

Baca Lagi:
Lelaki umur 40 tahun jadi pemenang loteri terbesar dalam sejarah Malaysia RM69.6 juta
Bekas founder kosmetik dedah sisi gelap bisnes timbang kilo buat ramai warganet terkejut
Pelancong dari China terkejut dapat tahu tidur ‘bertemankan’ mayat bawah katil di hotel terkenal
CATEGORIES