Pelancong dari China terkejut dapat tahu tidur ‘bertemankan’ mayat bawah katil di hotel terkenal

Pelancong dari China terkejut dapat tahu tidur ‘bertemankan’ mayat bawah katil di hotel terkenal

Pelancong dari China terkejut dapat tahu tidur ‘bertemankan’ mayat bawah katil di hotel terkenal. Seorang pelancong dari China terkejut selepas mendapat tahu dia tidur `bertemankan’ mayat yang disembunyikan di bawah katil bilik sebuah hotel di Tibet.

Lapor BBC, penemuan mayat itu menjurus kepada siasatan kes pembunuhan dan penahanan seorang suspek.

Pelancong dikenali dengan nama Zhang mengakui dia menyedari bau busuk yang kuat di bilik penginapannya selepas mendaftar masuk di hotel Guzang Shuhua Inn di Lhasa pada 21 April lalu.

Pelancong dari China terkejut dapat tahu tidur 'bertemankan' mayat bawah katil di hotel terkenal

“Setelah membuat aduan kepada pihak pengurusan hotel, saya dipindahkan ke bilik berlainan.
“Bau busuk dalam bilik tersebut mendorong kakitangan hotel menyelongkar bawah katil itu sebelum penemuan mengejutkan itu.
“Mayat itu ditemukan di bawah katil yang saya tidur selama tiga jam,” katanya.

Zhang mendakwa polis sudah menahan seorang suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Dalam pada itu, Zhang memberitahu dia meninggalkan Lhasa pada keesokan harinya.

“Saya masih berasa trauma dan sukar untuk tidur selepas mendapat tahu mengenai penemuan mayat itu.

“Selepas mendaftar masuk di hotel itu, saya berehat selama beberapa jam malah tidur di atas katil tanpa menyedari ada mayat tersorok dibawah,” katanya kepada portal Shangyou News.

Zhang memuat naik hantaran mengenai pengalaman dilaluinya ketika menginap bertemankan `mayat disembunyikan’ di bilik hotel itu dalam media sosial.

Namun, ia tidak menarik perhatian ramai warganet sehingga seorang pengguna berkongsi ulasan Zhang di media sosial pada 28 April lalu.

Sementara itu, pihak pengurusan hotel Guzang Shuhua Inn menafikan kejadian itu berlaku di premis mereka.

Baca Lagi:
Musim cuaca panas kerap guna aircond, ini cara nak jimatkan bil elektrik di rumah
Bekas founder kosmetik dedah sisi gelap bisnes timbang kilo buat ramai warganet terkejut
Lelaki suka letak telefon pintar dalam poket seluar boleh mandul
CATEGORIES