Tak sangka ini rupanya ‘rahsia’ Siti Nurhaliza untuk sentiasa dimurahkan rezeki

Tak sangka ini rupanya ‘rahsia’ Siti Nurhaliza untuk sentiasa dimurahkan rezeki

Tak sangka ini rupanya ‘rahsia’ Siti Nurhaliza untuk sentiasa dimurahkan rezeki. Gemar ‘melayan’ kerenah peminat-peminatnya di media sosial, terutama apabila penyanyi tersebut melakukan sesi siaran langsung (live), ia membuatkan dirinya semakin dicintai orang ramai, terutamanya Sitizoners.

Seorang figura seni yang memiliki bakat nyanyian yang cukup sempurna yang dianugerahkan Ilahi. Malah Siti Nurhaliza yang lebih disapa sebagai TokTi ini dikenali juga dengan sifat ramah, lemah lembut dan sopan dalam menyantuni para peminat serta orang sekeliling.

Usai dua dekad lebih dalam industri seni tempatan, bukan sekadar cemerlang dalam karier nyanyian, malah ibu kepada dua cahaya mata ini turut melangkah maju dalam bidang perniagaan kosmetik miliknya.

Tak sangka ini rupanya 'rahsia' Siti Nurhaliza untuk sentiasa dimurahkan rezeki

berkesempatan ‘menjengah’ sesi live Instagram penyanyi lagu Jerat Percintaan itu, Siti mendedahkan rahsia dirinya dan suami agar sentiasa dimurahkan rezeki, ketika ditanya oleh seorang pengguna.

“Apa rahsia Datuk Siti untuk murah rezeki?” tanya seoang peminatnya menerusi ruangan komen.

Bersedekah

Bukan itu sahaja, amalan yang tidak putus-putus dilakukan penyanyi lagu popular Wajah Kekasih itu dan suamin tercintanya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, adalah dengan amalan bersedekah.

“Selain itu, amalan saya dan juga suami selalu lakukan adalah bersedekah. Itu yang membuatkan rezeki tidak putus kerana saya percaya apabila kita memberi ‘tidak akan papa kepada orang yang bersedekah’,”
“Bagi saya, amalan yang sangat hebat adalah bersedekah, ia membuatkan kita dimurahkan rezeki,” kongsinya lagi.

Nawaitu (niat)

Jawab penyanyi nombor satu negara itu dengan penuh sopan santun, dia memaklumkan ‘kunci’ untuk dimurahkan rezeki baginya adalah nawaitu atau niat yang betul kerana Allah sebelum melakukan sesuatu perkara.

“Saya begini, apa yang kita dah buat yang Allah beri kita rezeki melimpah ruah kerana bagi kita, kita lakukan ini tidak sehebat mana-mana orang yang buat lebih besar dan hebat daripada saya. Namun, saya percaya nawaitu kita itu penting. Setiap apa yang kita lakukan adalah niat kerana Allah,” ujarnya.

Senyum, Bersangka Baik & Zakat

Ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa itu turut berkongsi amalan sentiasa senyum dan bersangka baik adalah ‘rahsianya’ dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.

“Selain daripada itu, kita harus sentiasa bersangka baik. Bukan kerana bersangka baik itu untuk orang lain, tetapi bagi diri kita sendiri. Bila bersangka baik, akan baik-baik sahaja yang jadi kepada kita.
“Selalu juga senyum, masalah ada pun tidak mengapa kerana setiap orang ada masalah termasuk saya. Tetapi saya lebih suka apabila datang masalah, selagi kita boleh cuba selesaikan, selesaikan dengan cara baik.
“Jika tidak boleh sangat, kita berserah kepada Allah. Tambahan lagi, zakat jangan tinggal. Segala tanggungjawab yang kita perlu buat sebagai hamba Allah,” tambah Siti.
Baca Lagi:
Ini cara sebenar buat air minuman solat hajat untuk anak, ramai salah buat selama ini
Kenapa pemenang acara sukan diberi hadiah pingat emas, perak dan gansa?, ini sebabnya
Mimpi ngeri shif malam, amoi Shell demam 3 hari selepas terakam pocong
CATEGORIES