Kereta kena belit dengan ular sawa tengah jalan

Kereta kena belit dengan ular sawa tengah jalan

Kereta kena belit dengan ular sawa tengah jalan. Sepasang suami isteri sempat merakamkan detik cemas setelah menyedari kereta yang mereka pandu dibelit ular sawa.

Menurut sebuah hantaran di laman TikTok @aatwilight, ular tersebut keluar dari bonet kereta sebelum merayap naik ke cermin hadapan.

Kekal tenang, keluarga tersebut terus memandu dengan perlahan menuju ke balai bomba terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Kereta kena belit dengan ular sawa tengah jalan

“Kejadian sebentar tadi. Allah sebaik-baik pelindung. Alhamdulillah, kami satu keluarga selamat. Ular juga selamat.
“Kami sempat sampai Balai Bomba Cyberjaya. Terima kasih abang Bomba, semoga Tuhan balas dengan ganjaran syurga,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Rata-rata pengguna media sosial memuji pasangan tersebut yang kekal tenang dan tidak lekang menyebut nama Allah SWT walaupun sedang panik.

“Ya Allah, tenangnya. Kalau saya, dah panik, menggigil. Trauma betul saya dengan ular,” kata Ainun.
“Saya kagum dengan awak berdua. Kalau saya tu, dah terjerit-jerit sepanjang jalan,” kata Sue.
“Ini kalau aku yang bawa kereta, mungkin akan tekan minyak sampai tak ingat dunia. Baguslah kamu berdua santai sahaja, boleh bersembang lagi,” kata Elieda.
@aatwilight Kejadian sebentar td. Allah sebaik2 pelindung. Alhamdulillah Kami 1 famili selamat dan ular pun selamat. Sempat sampai ke Balai Bomba Cyberjaya. Tq abam bomba semoga Allah balas dengan Syurga . Allah maha kuasa mahkluk langsung takde kuasa☝️☝️☝️#fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral #fypシ #bombacyberjaya ♬ Epic Music – DM Production

Baca Lagi:
Kenapa pemenang acara sukan diberi hadiah pingat emas, perak dan gansa?, ini sebabnya
Ini cara sebenar buat air minuman solat hajat untuk anak, ramai salah buat selama ini
Macam kahwin dengan pelacur, isteri minta bayaran RM500 kalau nak bersama
CATEGORIES