Tak sangka ini rupanya ‘rahsia’ Siti Nurhaliza untuk sentiasa dimurahkan rezeki. Gemar ‘melayan’ kerenah peminat-peminatnya di media sosial, terutama apabila penyanyi tersebut melakukan sesi siaran langsung (live), ia membuatkan dirinya semakin dicintai orang ramai, terutamanya Sitizoners.
Seorang figura seni yang memiliki bakat nyanyian yang cukup sempurna yang dianugerahkan Ilahi. Malah Siti Nurhaliza yang lebih disapa sebagai TokTi ini dikenali juga dengan sifat ramah, lemah lembut dan sopan dalam menyantuni para peminat serta orang sekeliling.
Usai dua dekad lebih dalam industri seni tempatan, bukan sekadar cemerlang dalam karier nyanyian, malah ibu kepada dua cahaya mata ini turut melangkah maju dalam bidang perniagaan kosmetik miliknya.
berkesempatan ‘menjengah’ sesi live Instagram penyanyi lagu Jerat Percintaan itu, Siti mendedahkan rahsia dirinya dan suami agar sentiasa dimurahkan rezeki, ketika ditanya oleh seorang pengguna.
“Apa rahsia Datuk Siti untuk murah rezeki?” tanya seoang peminatnya menerusi ruangan komen.
Bersedekah
Bukan itu sahaja, amalan yang tidak putus-putus dilakukan penyanyi lagu popular Wajah Kekasih itu dan suamin tercintanya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, adalah dengan amalan bersedekah.
“Selain itu, amalan saya dan juga suami selalu lakukan adalah bersedekah. Itu yang membuatkan rezeki tidak putus kerana saya percaya apabila kita memberi ‘tidak akan papa kepada orang yang bersedekah’,”
“Bagi saya, amalan yang sangat hebat adalah bersedekah, ia membuatkan kita dimurahkan rezeki,” kongsinya lagi.
Nawaitu (niat)
Jawab penyanyi nombor satu negara itu dengan penuh sopan santun, dia memaklumkan ‘kunci’ untuk dimurahkan rezeki baginya adalah nawaitu atau niat yang betul kerana Allah sebelum melakukan sesuatu perkara.
“Saya begini, apa yang kita dah buat yang Allah beri kita rezeki melimpah ruah kerana bagi kita, kita lakukan ini tidak sehebat mana-mana orang yang buat lebih besar dan hebat daripada saya. Namun, saya percaya nawaitu kita itu penting. Setiap apa yang kita lakukan adalah niat kerana Allah,” ujarnya.
Senyum, Bersangka Baik & Zakat
Ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa itu turut berkongsi amalan sentiasa senyum dan bersangka baik adalah ‘rahsianya’ dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.