Wanita ini miliki hartanah yang banyak, sanggup bayar gaji bulanan kepada lelaki yang sudi jadi suami. Seorang wanita Nigeria berpangkalan di Perancis menggunakan media sosial untuk membuat pengumuman bahawa dia sanggup membayar sejumlah wang secara bulanan kepada lelaki yang sudi menjadi suaminya, lapor portal berita gistreel semalam.
Wanita Nigeria itu membuat pengumuman awam di akaun Twitter dengan mendedahkan bahawa dia kini sedang mencari seorang suami.
Menurut wanita yang namanya tidak didedahkan itu, dia memerlukan seorang lelaki untuk tinggal bersama kerana usia tidak lagi menyebelahinya.
Wanita yang kelihatan matang itu mendedahkan bahawa dia memiliki pelbagai hartanah di Nigeria dan Perancis sekali gus wang tidak lagi menjadi masalah untuk dirinya.
Sehubungan itu, dia akan membayar gaji bulanan kepada mana-mana lelaki yang sudi mengahwininya.
Dia berlutut dalam hujan untuk merayu bersungguh-sungguh agar ada lelaki menghantar mesej terus dan memberitahu niat mereka kepadanya.
Baca Juga :
“Janda meletop”, BCL berpakaian seksi dikelilingi ramai lelaki di kelab malam
Pelakon drama Hati Tanpa Rasa, tiga rakan berdepan hukuman gantung