Syazwan Najmi rasa seperti nak tercekik dengar soalan spontan anak kembarnya…

Syazwan Najmi rasa seperti nak tercekik dengar soalan spontan anak kembarnya…

Syazwan Najmi rasa seperti nak tercekik dengar soalan spontan anak kembarnya…. “Rasa seperti nak tercekik dengar soalan spontan anak yang bertanya secara tiba-tiba bila Abi mahu bernikah,” kata bapa tunggal, Syazwan Najmi Zulkarni.

Syazwan Najmi, 25, berkongsi reaksi itu susulan perkongsian videonya bersama dua anak kembar perempuan bertanya bila dia mahu berkahwin lagi yang dimuat naik di TikTok sehingga mendapat perhatian ramai.

Selain itu, satu lagi video perkongsiannya yang memaparkan keletah anaknya yang berulang kali memanggil ‘Abi’ sebelum tiba-tiba memanggil ibu sambil memberitahu ‘adik dan kakak rindu’ turut meruntun hati warganet, baru-baru ini.

Pasangan kembar itu, Nur Medina Safiya dan Nur Medina Sofiya yang kini sudah berusia dua tahun kehilangan ibu, Siti Nur Nasuha Shafie, 25, yang meninggal dunia pada 14 April 2020.

Syazwan Najmi rasa seperti nak tercekik dengar soalan spontan anak kembarnya...

Syazwan Najmi berkata, dua anak kembarnya memahami ibu mereka sudah meninggal dunia dan dia juga selalu bercerita serta menunjukkan gambar arwah isterinya itu hampir setiap masa.

Katanya, Nur Medina Safiya yang mesra disapa kakak dan Nur Medina Sofiya yang dipanggil adik memang petah bercakap dan selalu bertanyakan pelbagai soalan, namun belum pernah bertanya soalan mengenai perkahwinan.

“Video itu dibuat sementara mak membeli barang dan saya bersama dua anak bersembang dalam kereta sebelum adik (Sofiya) tanya ‘bila Abi nak nikah’. Saya ketika itu sedang makan roti terus rasa nak tercekik mendengar soalan spontannya.
“Walaupun terkejut saya tergelak juga dan tanya dia siapa yang ajar cakap begitu tetapi dia jawab ‘tak tahu’. Saya kemudiannya saja tanya nak Abi nikah ke? Tetapi dia jawab ‘tidak mahu’,” katanya yang tinggal di Kampung Pak Keral, di sini, ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia tidak menolak jika anaknya ada terdengar soalan sama daripada pelanggan dan rakannya yang menyebabkan mereka turut bertanya bila dia mahu berkahwin.

“Sebelum ini kalau ada rakan perempuan datang ke kedai makan kami serta bersembang dengan saya mesti kakak dan adik akan tanya siapa, malah gayanya seperti cemburu.
“Memang ada fikir untuk diri dan anak tetapi buat masa ini fokus saya mahu membesarkan mereka dan mencari rezeki. Jodoh itu ketentuan Allah SWT, andai ada jodoh nanti adalah,” katanya.

Mengenai video anaknya memanggil ibu sambil meluahkan rasa rindu, peniaga kedai makan itu berkata, dia juga berasa sedih dengan situasi itu terutama melihat riak wajah dan mata dua anak kembarnya itu yang sarat dengan rindu.

Katanya, ketika itu dia sedang merakam video kedai makan dan dua anaknya itu sambil mereka memanggilnya berulang kali ketika berada di tepi sungai berhampiran kedai.

“Apabila Sofiya cakap ‘ibu, adik (dan) kakak rindu’ memang membuatkan saya sedih. Anak yang tidak pernah jumpa ibu mereka rasa rindu, apatah lagi saya. Saya cuma boleh cakap nanti kita pergi dekat ibu (menziarah kubur).
“Safiya dan Sofiya tahu ibu mereka sudah tiada dan setiap kali lalu di perkuburan mereka akan cakap di sini ke ibu ‘tidur’,” katanya.

Harian Metro sebelum ini memaparkan kisah pilu keluarga itu apabila Allahyarham Siti Nur Nasuha meninggal dunia selepas dua minggu bertarung nyawa akibat komplikasi selepas bersalin.

Wanita itu yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac 2020 tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana dia berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAZWAN NAJMI (@mie7637)

Baca Lagi:
Anwar guna BMW nombor plat ‘klon’ milik Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, dakwa bekas pembantu
Netizen terkejut tengok penampilan baru Daiyan Trisha selepas balik umrah, apa sudah jadi?
Tiga hari akan datang banjir besar akan berlaku semasa PRU15 – Pakar Metereologi
CATEGORIES