Sophia Albarakbah berpeluk dalam wayang dengan lelaki baru

Sophia Albarakbah berpeluk dalam wayang dengan lelaki baru

Sophia Albarakbah berpeluk dalam wayang dengan lelaki baru. Seperti diketahui ramai, kecoh isu tentang pelakon jelita, Sophia AlBarakbah mengakui kepada isteri pelakon, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah bahawa dirinya mengakui suka kepada suami wanita tersebut.

Perkara tersebut didedahkan oleh Bella sendiri di platform media sosial kerana ‘penat’ dikecam netizen yang menganggap dirinya saja mahu jatuhkan karier lakonan Sophia.

Sophia Albarakbah berpeluk dalam wayang dengan lelaki baru

Setelah reda dengan isu terbabit, muncul satu lagi gosip berkaitan dengan Sophia apabila dia memuat naik di Instagram Story sedang berpelukan dengan seorang lelaki di pagung wayang.

Biarpun tidak mendedahkan identiti ataupun bercerita tentang hubungan mereka, ramai netizen tertanya siapakah lelaki tersebut dan turut dipersoal cepat ‘berpindah’ ke lelaki setelah mengakui suka kepada Aliff Aziz.

Dalam pada itu, netizen turut mengecam tindakan pelakon wanita tersebut tanpa segan silu memeluk lelaki yang bukan mahram di dalam pagung wayang sambil berselimut.

Baca Lagi:
Rakyat Malaysia ditembak di Betong
Bekas pegawai tinggi polis dihukum mati
‘Makin lama, makin banyak duit hilang’, akhirnya terbongkar mak mertua tangan panjang
CATEGORIES