Bekas pegawai tinggi polis dihukum mati

Bekas pegawai tinggi polis dihukum mati

Bekas pegawai tinggi polis dihukum mati. Bekas ketua hal ehwal pasukan polis Indonesia dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah merancang pembunuhan pengawal peribadinya pada 8 Julai tahun lalu.

Ferdy Sambo, 50, juga didapati bersalah kerana menghalang keadilan dengan mengarahkan supaya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipadamkan, kata ketua panel hakim, Wahyu Iman Santoso.

Beliau berkata, bekas jeneral itu didapati bersalah dan mahkamah mendapati tindakannya telah mencemarkan imej pasukan polis.

Bekas pegawai tinggi polis dihukum mati

Tindakan Ferdy telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat awam dan sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, kata Wahyu dalam penghakiman yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan pada Isnin.

Mahkamah Daerah Jakarta Selatan juga menolak hujah pembelaan bahawa pengawal peribadi Nofriansyah Yosua Hutabarat telah melakukan gangguan seksual terhadap isteri Ferdy, berikutan kekurangan bukti.

Mahkamah mendapati Ferdy telah mengarahkan pengawal peribadi yang lain untuk menembak dan membunuh Nofriansyah dan dia turut melepaskan tembakan ke arah mangsa dalam kejadian yang berlaku di kediaman rasminya di Jakarta Selatan.

Dia dipecat pada 25 Ogos 2022 manakala isterinya, Putri Candrawathi dan tiga lagi pembantu turut didakwa atas tuduhan terbabit dalam pembunuhan yang dirancang.

Baca Lagi:
Hotel Melaka banyak berhantu, paling kerap berlaku musim cuti, ramai pengunjung minta wang dikembalikan
Isteri buat air tak sedap ikut selera ‘keturunan’ kami, aku ceraikan isteri depan adik-beradik
Ibu dipandang hina kerja kilang, sekali bila tunjuk ‘slip gaji’ buat ramai terkejut
CATEGORIES