Duit kertas ringgit Malaysia diperbuat daripada lemak babi?, ini jawapan bekas Mufti Wilayah. Tahu tak bahan apa? bahan berkenaan adalah lemak babi. Ini berikutan sebuah ucapan seorang pensyarah universiti yang mengatakan duit kertas kita diperbuat dari lemak babi.
Berikuta dari cerita berkenaan, bekas Mufti Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri terpanggil untuk mengulas isu berkenaan.
Beliau menegur, dipetik dari Sinar Harian, kenyataan yang dikeluarkan itu perlu disertakan dengan bukti dan dalil yang kukuh selain disahkan oleh pihak berkuasa.
“Kalau kamu mengukirkan satu-satu berita maka hendaklah kamu mentafsirkan berita tersebut dan sekiranya kamu membuat sebarang dakwaan maka datangkanlah dalil.
Jadi hak untuk menyemak dan meneliti isu ini sudah tentu melibatkan makmal dan kita ada makmal yang baik untuk kita benar-benar memahami apakah dakwaan itu benar atau tidak sebab satu kenyataan perlu kepada penelitian yang kukuh,” kata Mufti Wilayah Persekutuan.
Beliau berharap agar rakyat Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan yang mampu mengundang isu sensitif sehingga boleh merosakkan keharmonian negara.