‘Smart ooo cane dia buat’, netizen terkejut tengok kereta parking atas bangunan kecil. Di TikTok, seorang lelaki berkongsi satu video yang memaparkan sebuah kereta jenis utiliti sukan (SUV) berada di atas sebuah bangunan kecil telah mengundang tanda tanya orang ramai.
Parking lot penuh?
Perkongsian yang dimuat naik dengan kapyen ‘Parking lot dah penuh ke ni?’ itu telah mencuri perhatian wargamaya yang sebahagian besarnya turut tertanya-tanya mengenai hal itu. Lelaki dikenali sebagai Klchin96 itu merakam kejadian terbabit kerana terpegun melihat situasi pelik ketika melalui itu.
Walau bagaimanapun, difahamkan, kenderaan yang diletakkan di atas pintu masuk sebuah kilang itu sebenarnya hanya sebagai simbolik bagi tujuan pameran sahaja.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen bingung dan tertanya-tanya bagaimanakah kenderaan itu diletakkan di atas sana. Malah, ada juga yang bertanya adakah kenderaan tersebut nyata atau gambar yang diedit.
Video
@klchin96 Parking lot dah penuh ke ni? … … … … … … … #Kereta #Malaysia #Nissan #Xtrail #SUV #FYP #ForYou #ForYouPage #Viral #ehehehhh #Hairan #Naik #Tangga #MalaysiaBoleh #Funny #macammana ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Shira Kun