Belanjawan 2023: Berita baik buat golongan B40, sumbangan wang tunai sehingga RM3,100

Belanjawan 2023: Berita baik buat golongan B40, sumbangan wang tunai sehingga RM3,100

Belanjawan 2023: Berita baik buat golongan B40, sumbangan wang tunai sehingga RM3,100. Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, STR Fasa 1 sudah disalurkan sebelum ini dan kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2023.

Menurutnya, STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Belanjawan 2023: Berita baik buat golongan B40, sumbangan wang tunai sehingga RM3,100

“Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

“Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.

“Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Malaysia Madani 2023 di sini, hari ini.

Menteri Kewangan itu berkata, Kerajaan Perpaduan memperkenalkan STR di bawah Konsep Payung Rahmah itu sebagai induk kepada usaha membantu golongan susah dan rentan bagi menangani kenaikan kos sara hidup.

“Salah satunya adalah inisiatif Menu Rahmah yang menganjurkan jualan set hidangan pada harga RM5. Alhamdulillah, inisiatif itu dijangka akan terus menerima sambutan baik daripada pengusaha makanan dan rakyat.

“Kerajaan amat berterima kasih kepada semua peniaga walau

dengan keuntungan kecil tapi tetap bersama membantu rakyat. Semoga ini menjadi teladan untuk semua,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan juga melaksanakan Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.

Katanya, kerajaan menyediakan RM100 juta untuk menjayakan program berkenaan di setiap 222 kawasan Parlimen dan meningkatkan peruntukan daripada RM200 juta kepada RM225 juta bagi memperluas program pengedaran barangan keperluan asas ke 25 kawasan baharu antaranya Paloh dan Passin, Sarawak; Pasir Raja, Terengganu serta Kuala Krai, Kelantan.

Tambahnya, kerajaan juga menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.

Baca Lagi:
Wanita terkilan ingatkan dapat hadiah dari suami lepas bersalin, rupanya suami belikan hadiah harijadi perempuan lain
Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta
Upah RM400 sebulan, gadis 20 tahun selamba angkat buah kelapa sawit
CATEGORIES