Wanita terkilan ingatkan dapat hadiah dari suami lepas bersalin, rupanya suami belikan hadiah harijadi perempuan lain

Wanita terkilan ingatkan dapat hadiah dari suami lepas bersalin, rupanya suami belikan hadiah harijadi perempuan lain

Wanita terkilan ingatkan dapat hadiah dari suami lepas bersalin, rupanya suami belikan hadiah harijadi perempuan lain. Saya seorang isteri muda berumur 20-an dan mempunyai 3 orang anak. Sekarang sedang berpantang seminggu. Satu hari saya ternampak hadiah dekat bawah meja makan, hati berbunga – bunga ingatkan suami nak buat kejutan sebab saya bersalin. Tapi rupa2-nya suami belikan hadiah untuk rakan sekerja perempuan sempena harijadi…

#Foto sekadar hiasan. Asalammulaikum, hai warga facebook. Saya selalu baca luahan dalam ni, harini saya rasa terdetik nak meluah tentang kisah saya sebab saya tak ada tempat untuk meluah apa yang saya rasa dan hadapi.

Saya seorang isteri muda umur bawah 25 atas 20 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Saya masih dalam pantang, baru bersalin anak ke-3 seminggu lepas. Saya rasa penat dan kecewa dengan suami, suami selalu sibukkan diri dengan hobi dia (game), dia kerja sendiri (company sendiri), kadang – kadang malam ke siang ke dia pergi habiskan masa dengan team kerja.

Wanita terkilan ingatkan dapat hadiah dari suami lepas bersalin, rupanya suami belikan hadiah harijadi perempuan lain

Saya dekat rumah seharian uruskan anak sendiri, saya stress. Nak dijadikan cerita, kecewanya hati seorang isteri bermulanya beberapa hari yang lalu. Saya kecewa sangat dia keluar pergi makan besar makan sedap – sedap makan yang memahal sedangkan saya dekat rumah dengan anak dalam keadaan berpantang lagi makan apa yang ada je, pantang macam tak pant4ng semua saya kene buat kene uruskan.

Malam tadi suami sambut hari jadi kawan perempuan dia, special hadiah dia bagi kat kawan dia tu. Saya ada ternampak hadiah tu dekat bawah atas meja makan. Saya ingat suami saya nak bagi k3jutan untuk saya dengan hadiah tu, saya pun hati berbunga – bungalah masa tu, yelah seorang isteri kan dah penat bersalin, urus rumah, seharian menunggu sang suami balik.

Berharaplah tu untuk saya konon – kononnya. Tiba – tiba datang pulak kawan dia sorang ambil hadiah tersebut. Saya pun tanya lah “tu siapa punya” dan kawan dia pun cakap lah “nie hadiah si pulan, suami akak belikan untuk dia, harini hari jadi si pulan.” Allahhu, nak gugur jantung masa tu.

Hadiah yang saya ingat saya punya, rupanya suami belikan untuk pempuan lain. Sejujurnya saya tak pernah terima apa – apa hadiah dari suami, jadi saya rasa macam saya diabaikan , dan suami mendahului orang lain dari isteri sendiri.

Bila saya tanya suami, suami kata dah tak ada hadiah lain. Tu je yang sempat cari untuk kawan perempuan dia tu. Dan dia kata saya bod0h dan cemburu buta, pasal benda tu nak g4duh nak merajuk tak tentu pasal. Mana isteri tak terasa kalau suami lebihkan orang lain, dahulu kan orang lain dari isteri sendiri.

Semalam saya rasa macam diri saya ni, bod0h. Selama saya kahwin saya memang tak pernah mintak apa – apa dekat dia sebab saya selalu fikir tentang kewangan dia cukup ke tidak. Tapi dengan senang dia labur duit dekat kawan – kawan kerja dia tanpa fikir keperluan saya.

Hadiah yang saya maksudkan itu adalah set minyak wangi yang mahal. Saya tak pernah dapat merasa pakai minyak wangi mahal, saya guna minyak wangi pun yang calit tu RM10 botol kecik tu , tu pun berjimat – jimat takut habis.

Suami cakap kalau saya cerita hal ni kat orang, orang akan kata saya bod0h dan orang akan gelakkan saya sebab suami belikan hadiah minyak wangi untuk hari jadi kawan perempuan dia tu. Sampai harini saya rasa macam tak puas hati.

Suami sikap tak adil, saya hari – hari tunggu surpr1se dari dia, tapi tak pernah dapat, tapi orang lain senang je dapat. Maaf kawan – kawan terlalu panjang pulak luahan saya. Semenjak saya kahwin, saya memang dah buang hobi saya, kawan saya, dan saya memang fokus kepada rumahtangga saya.

Saya cuma ada keluarga saya je tapi saya tak suka berkongsi masalah dengan keluarga, tak nak nanti keluarga susah hati. Saya pulak jauh dengan keluarga sekarang. Banyak yang saya pend4m, hadap dan sabar dengan suami.

Komen Warganet :

Mohd Yunus : Jaga diri masa berpant4ng ye puan, habis pantang puan buat hobi yang puan suka tu.. Biarkan dia ke hulu hilir jaga anak pula. Baru dia tahu susah tak susah jaga anak, tanam sikap berkira.. Ambil sedikit duit dia kalau dia tak bagi nafkah kat puan, bukan duit untuk barang dapur, duit tu puan beli keperluan diri sendiri. Semoga puan tabah dan kuat demi anak – anak. Kalau puan nak berniaga jangan bantu satu sen suami. Simpan duit untuk masa – masa akan datang.

Fazlinah Razali : Allahu kami isteri – isteri faham perasaan puan. Sedih dalam masa berpant4ng diperlakukan macam ni. Sepatutnya suami berilah sokongan penuh selepas isteri bersalin bukan enjoy dengan kawan – kawan yang lain.

Ingat tak s4kit ke beranak? Dan satu lagi tak ada istilah kawan antara lelaki yang berkahwin dengan perempuan ye. Sekadar rakan sekerja lain cerita. Berpant4ng baik – baik puan, cubalah untuk tidak str3ss dan banyakkan berdoa.. Pasang badan lepas habis berpant4ng, umur muda lagi tu.

Norziah Othman : Dik, sihatkan diri adik. Jangann ingat perkara tu walaupun s4kit hati, takut meroyan. Lepas ni jaga badan, cantikkan diri, jarakkan anak supaya adik ada masa untuk diri sendiri. Nanti lepas pant4ng bagi dia jaga semua anak, adik pergi spa ya. Bagi semangat untuk hidup.. Memang wujud lelaki macam ni, bukan sikit tapi ramai.. Depan mata diabaikan, yang tak halal disanjungi.

Raja Norkhairani : Dah tau kan perangai suami yang langsung tak hargai awak yang baru je lahirkan anak dia, malah dalam tempoh tengah berpant4ng ni pun, awak yang kena buat semua, jadi lepas ni beringat. Jarakkan kehamilan dan fikir banyak kali sebelum nak tambah anak. Jangan lupa makan pil perancang atau minta nurse beri suntikan perancang.

Jamilaton Az : Sebab tu aku menyampah dengan perempuan – perempuan yang suka bagi nasihat orang lain suruh berenti kerja, fokus jaga anak, suruh doa tawakal banyak – banyak, alhamdulillah suami saya elok bertanggungjawab bla bla bla..

Kongsi la suami hang yang baik sangat tu dengan perempuan lain. Manusia ni macam – macam perangai, bukan semua dapat suami yang baik macam laki hang!!! Sediakan payung sebelum hujan, kalau nak jadi surirumah sepenuh masa pun, pastikan duit dalam bank berkepuk – kepuk, kalau jadi apa – apa nanti pun hampa tak jadi pengemis pada jantan tak guna tu.

Itu konsep usaha, doa dan tawakal, bukan main redho, pasrah gitu ja laki suruh duk umah jaga anak. Hari depa sayang hampa, dia tatang macam anak kucing parsi, kalau dia tak mau nanti dia sep4k teraj4ng, pakej halau macam kucing kurap.

Nina Rashid : Kuatkan hati sis, berpant4ng macam biasa tapi jangan sampai penat. Cukup masa rehatkan diri, cara berpant4ng dah tak sama dengan orang tua kita dulu saling menjaga sekarang ni lepas bersalin jaga diri sendiri.

Kita ni kadang sebagai isteri selalu je cuba memudahkan dan tak membebankan para suami tapi tak dihargai. Masa berduit kawanlah segalanya dah berdebu poket baru ingat kat isteri. Kebiasaan dah tu.

Baca Lagi:
Nama anak bermaksud ‘syaitan tandas’, JAWI senaraikan 4 jenis nama dilarang Islam
Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta
55 senarai nama sekolah paling pelik & kelakar di Malaysia
CATEGORIES