Sempoi..hanya berkain batik wanita ini tukar duit raya sebanyak RM2 juta

WhatsApp Image 2022 04 26 at 3.21.39 PM

Sempoi..hanya berkain batik wanita ini tukar duit raya sebanyak RM2 juta.

Aksi bersahaja seorang wanita menukar duit raya dipercayai RM2 juta dengan memakai baju-T dan kain batik mencuri perhatian netizen hingga tular dan menjadi perdebatan berhubung kekayaannya.

Tinjauan Kosmo! mendapati rakaman klip berkenaan yang dimuat naik sendiri oleh Farhana Zahra di akaun TikTok miliknya mendapat lebih dari dua juta tontonan.

Video tular berdurasi 20 saat itu menimbulkan pelbagai spekulasi daripada netizen terhadap wanita terbabit.

“Orang yang betul-betul kaya tidak akan menunjukkan kekayaannya,” kata @Bidi.

“Lemah aku bila tengok keadaan begini. Ada yang berniaga dari pagi sampai ke petang hingga ke malam namun nak dapat RM50 pun susah,” kata @Ciksiti

“Risau nanti kena samun, kita hendaklah sentiasa beringat bahawa sentiasa ada yang memerhati tindak-tanduk kita di dunia ini,” komen @TpgMan

Baca Lagi:

2000 ekor babi hilang di Port Dickson, hati-hati elak beli daging murah

Suami dalam penjara, Instafemes dari Kedah kantoi bawa lelaki lain tidur sama depan anak-anak

Selepas Nagaentran, seorang lagi warga Malaysia berjuang untuk terus hidup tanpa diwakili peguam

Leave a Reply

Your email address will not be published.