
Dah senang tetap rendah diri, Syahmi Sazli dan isteri jual air balang sepanjang ramadan dipuji netizen
Dah senang tetap rendah diri, Syahmi Sazli dan isteri jual air balang sepanjang ramadan dipuji netizen.
Sebut saja nama Syahmi Sazli, pasti ramai mengenai YouTuber muda berasal dari Kelantan itu. Bukan saja seorang YouTuber, Syahmi juga bergelar pengarah.
Sempena Ramadan tahun ini, YouTuber itu tak melepaskan peluang untuk berniaga dengan menjual air balang.
Lebih menjadi perhatian, ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan air balang Syahmi yang tampil kelainan apabila mempunyai aiskrim dan buah-buahan.
Melihatkan usaha Syahmi yang terus berniaga meskipun kini sudah berjaya, rata-rata netizen memuji YouTuber itu tetap rendah diri biarpun sudah senang.
Kata netizen lagi, disebabkan sikap Syahmi dan isteri yang sentiasa rendah diri membuatkan ramai yang menyokong perniagaan mereka.
Sementara itu, ada yang sudah membeli air balang Syahmi memuji sememangnya minuman yang dijual oleh YouTuber itu sememangnya sedap.
Baca Lagi:
Suami dalam penjara, Instafemes dari Kedah kantoi bawa lelaki lain tidur sama depan anak-anak
2000 ekor babi hilang di Port Dickson, hati-hati elak beli daging murah
Melaka bina taman tema biawak bernilai RM8 juta sebagai tarikan terbaharu