Selepas Nagaentran, seorang lagi warga Malaysia berjuang untuk terus hidup tanpa diwakili peguam

Datchinamurthy 21 yrs old 1

Selepas Nagaentran, seorang lagi warga Malaysia berjuang untuk terus hidup tanpa diwakili peguam.

Seorang lagi banduan bilik akhir warga Malaysia di Singapura memfailkan permohonan di mahkamah sebagai percubaan terakhir bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman mati yang dijadualkan pada Jumaat, di saat kemarahan berhubung hukuman gantung Nagaenthran K Dharmalingam baru-baru masih belum reda baik di Malaysia mahupun republik itu.

Permohonan Datchinamurthy Kataiah akan didengar di Mahkamah Tinggi Singapura pada pukul 9.30 pagi hari ini menjelang hari pelaksanaan hukumannya.

Permohonan yang dikemukakan itu adalah bagi melarang pelaksanaan hukuman mati dengan hujah pelaksanaan hukuman gantung sampai mati itu menyalahi undang-undang ketika dia masih dalam proses cabaran undang-undang.

Prosiding cabaran undang-undang itu ditetapkan pada 20 Mei.

Langkah yang diambil Datchinamurthy itu mengingatkan proses yang undang-undang yang dihadapi Nagaenthran di mana setiap percubaannya untuk mengelak tali gantung menemui kegagalan.

Datchinamurthy akan mewakili dirinya sendiri di mahkamah kerana tidak berjaya mendapatkan khidmat peguam, kata kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty.

Baca lagi: 

Suami dalam penjara, Instafemes dari Kedah kantoi bawa lelaki lain tidur sama depan anak-anak

Wanita cantik kerja ‘Guard’ diminta tukar pekerjaan lain, netizen suka atur hidup orang

Ayob Khan sahkan pegawai polis wanita buat ‘live’ TikTok daripada narkotik

Leave a Reply

Your email address will not be published.