Selepas Pakistan, kini Nigeria banjir besar lebih 600 orang terkorban

Selepas Pakistan, kini Nigeria banjir besar lebih 600 orang terkorban

Selepas Pakistan, kini Nigeria banjir besar lebih 600 orang terkorban. Lebih 600 orang terkorban dalam banjir terburuk di Nigeria dalam tempoh 10 tahun.

Ia berdasarkan angka baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Kemanusiaan Nigeria.

Menterinya, Sadiya Umar Farouq berkata, bencana itu juga memaksa lebih 1.3 juta penduduk meninggalkan tempat tinggal mereka.

Selepas Pakistan, kini Nigeria banjir besar lebih 600 orang terkorban

“Malangnya, setakat ini, lebih 603 orang terkorban dalam bencana itu,” katanya dalam kenyataan di Twitter.

Jelas beliau, angka kematian dilaporkan pada minggu lalu mencecah sebanyak 500 kes namun bilangannya meningkat kerana beberapa kerajaan negeri tidak bersedia menghadapi banjir.

Menurut Sadiya Umar, banjir itu turut menjejaskan lebih 82,000 rumah dan hampir 110,000 hektar tanah ladang.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA) memaklumkan hujan lebat berlaku sejak Ogos lalu walaupun musim hujan biasanya bermula sekitar bulan Jun.

Baca Lagi:
Penduduk kampung bakal bergelar jutawan, harga tanah cecah RM2.7 juta
Bunuh rakan sekerja, suspek dirakam senyum bawa troli berisi mayat dalam lif
Penghantar makanan terkejut dapat sampul berisi wang ribuan ringgit dari pelanggan wanita
CATEGORIES