Selepas Mahkamah arahkan Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia, ini keadaan terkini beliau buat ramai rasa simpati. Sedia maklum, Mahkamah Majistret telah mengarah pelakon Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia untuk mendapatkan rawatan psikiatarinya, semalam, susulan tidak mengaku sengaja mencederakan isteri, Nurul Shuhada.
Sewaktu ditemubual oleh pihak media selepas selesai perbicaraan kes, Hafidz mengakui masih sayang terhadap isteri dan turut berkata ruang untuk berdamai sentiasa terbuka bagi memperbaiki hubungan mereka.
Dapat dilihat dalam video-video memaparkan diri pelakon itu kelihatan berbeza serta ‘serabut’ sewaktu tiba di Mahkamah Majistret serta selepas selepas selesai perbicaraan kes.
Biarpun ramai yang merasakan Hafidz selayaknya mendapat balasan seperti itu, namun ada juga sesetengah berasa simpati melihat keadaan selebriti tersebut.
Sekadar info, kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi mula menjadi ‘panas’ setelah dirinya kantoi berlaku curang, tambah pula isteri, Nurul Shuhada memuat naik foto muka berdarah akibat ditumbuk suami.