Bantuan Tunai RM200 selama 3 bulan untuk rakyat Malaysia

Photo of author

By Joe

Bantuan Tunai RM200 selama 3 bulan untuk rakyat Malaysia. Bantuan Khas RM200. Bajet 2023 telah dibentangkan dan sedang menunggu kelulusan daripada Ahli Parlimen.Pembentangan Bajet 2023 Membangun Malaysia Madani merupakan permulaan untuk pembangunan ekonomi negara yang perlahan akibat pandemik.

Melalui bajet 2023, pelbagai jenis bantuan kerajaan diberikan termasuklah bantuan tunai RM 200 sebulan bagi tempoh 3 bulan

BANTUAN TUNAI RM 200 SEBULAN

Bantuan Tunai RM200 selama 3 bulan untuk rakyat Malaysia

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai bakal disalurkan kepada pesawah padi untuk tempoh 3 bulan atau semusim.

Ia bertujuan untuk membantu pesawah padi serta meringankan beban perbelanjaan mereka.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan ini bakal disalurkan untuk tempoh 3 bulan atau semusim menjadikan jumlah keseluruhan bantuan adalah RM 600.

Bayaran RM 200 setiap bulan bagi tempoh 3 bulan / semusim bakal disalurkan kepada petani.

Ini sebagai tanda kerajaan menyelami gerak nadi petani dengan usaha langkah memberi bantuan supaya dapat meringankan beban pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS RM200

Pembayaran bantuan khas ini bakal disalurkan dalam tempoh 3 bulan atau semusim.

Mengenai tarikh bayaran rasmi pula belum diumumkan oleh kerajaan.

KELAYAKAN PERMOHONAN

Setakat ini, syarat kelayakan yang diperlukan adalah warganegara Malaysia dan merupakan pesawah padi sahaja.

Sebarang syarat kelayakan tambahan akan dikemaskini dari masa ke masa.

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM200

Cara permohonan turut belum dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Begitu juga dengan tarikh permohonan dibuka. Sebarang perubahan maklumat, akan kami kemaskini.

Baca Lagi:
Akhirnya Tun M ‘melutut’ kepada Muhyiddin?
Ini kisah sejarah Kicap Cap Kipas Udang yang korang selalu makan tu
Jumpa dompet duit berkepuk, niat baik remaja pulangkan kepada tuan asal dibalas dengan ganjaran yang tak disangka