Wanita tanggal baju dan tudung hina Islam kerap kongsi tips hubungan seks

Wanita tanggal baju dan tudung hina Islam kerap kongsi tips hubungan seks

Wanita tanggal baju dan tudung hina Islam kerap kongsi tips hubungan seks.

Pelawak wanita yang bertindak menanggalkan pakaian dan tudung ketika membuat persembahan komedi berdiri (stand up comedy) tampil bersemuka dengan netizen menerusi siaran langsung di YouTube miliknya semalam.

Wanita yang dikenali Siti Amira Natasha Abdullah muncul dalam siaran langsung itu tampil bersama teman lelakinya dikenali sebagai Alex.

Sepanjang siaran langsung itu, pelawak itu dilihat bersahaja menjawab soalan-soalan daripada pengikutnya selain dibantu oleh teman lelakinya.

n8cQqyXE 1 e1657409131170

Menjawab salah satu soalan daripada netizen, Siti Amira memberitahu dia menyedari videonya tular di media sosial namun tidak memperincikan tentang insiden tersebut.

Malah, wanita itu dilihat mengelak daripada menjawab soalan berhubung insiden berkenaan namun menegaskan dia berbangga menjadi seorang Muslim.

“Saya berbangga menjadi seorang Islam,” katanya

Teman lelakinya pula menyifatkan Amira sebagai seorang yang berpegang pada ajaran Islam malah dia sendiri mengaku bakal memeluk agama itu.

Bukan itu sahaja, Alex mendedahkan dia dan Siti Amira bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Terdahulu, tular di media sosial klip video memaparkan seorang pelawak wanita membuka pakaian dan tudung di hadapan penonton di sebuah kafe komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas memperkenalkan diri sebagai seorang beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran.

Pun begitu, Alex membidas pertanyaan pengikutnya sama ada Siti Amira gemar berbogel di khalayak ramai seperti mana dalam video berkenaan.

“Adakah dia berbangga berbogel depan orang ramai? Saya tidak rasa jika dia seronok berbogel di khalayak,” ujarnya.

Ditanya mengenai insiden itu sudah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, Alex memberitahu mereka tidak kisah akan perkara itu kerana sudah terbiasa dengannya.

Berkongsi mengenai teman wanitanya, Alex berkata Siti Amira adalah seorang penuntut dalam bidang undang undang selain bergiat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan terutamanya tentang kesihatan mental.

Pasangan itu bertemu sebelum Covid-19 melanda dunia dan berkongsi kegemaran yang sama iaitu menulis.

Berdasarkan beberapa video yang dimuatnaik di saluran Youtube Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur, pasangan itu banyak berkongsi tentang tip perhubungan dan seks seperti tip melakukan seks oral, seks secara berkumpulan, orgasm, biseksual dan sebagainya.

Bagaimanapun, video siaran langsung itu telahpun dipadam oleh Youtube.

Baca lagi: 

Tular video wanita buka baju, tudung selepas mengaku muslim, hafal al-Quran

Dunia islam telah kehilangan seorang Ulamak hebat yang mengislamkan 100000 ribu orang, bina 401 buah Masjid

Pelajar Kristian direjam sampai mati, dituduh hina Nabi Muhammad

CATEGORIES