Selepas dikecam isu masuk neraka, Ketua Pemuda Pas Sik mohon ‘berehat’

Selepas dikecam isu masuk neraka, Ketua Pemuda Pas Sik mohon ‘berehat’

Selepas dikecam isu masuk neraka, Ketua Pemuda Pas Sik mohon ‘berehat’. Ketua Pemuda Pas Kawasan Sik, Mohd. Shahiful Mhd. Nasir yang dikecam kerana mengeluarkan kenyataan pengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka memohon untuk ‘berehat’ daripada memegang semua jawatan dalam parti.

Menerusi surat yang tular di media sosial, Mohd. Shahiful mengakui bahawa permohonan tersebut dibuat susulan penularan klip video memaparkan ucapannya dalam satu ceramah baru-baru ini.

Surat bertarikh 11 November itu ditujukan kepada Setiausaha Pas Kawasan Sik dengan tempoh rehat berkenaan dikatakan akan dimaklumkan kelak.

Selepas dikecam isu masuk neraka, Ketua Pemuda Pas Sik mohon ‘berehat’

“Permohonan ini dibuat secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak dan saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.
“Ucapan dalam video tersebut merupakan ucapan sendiri dan bukan mewakili Pas khususnya dan Perikatan Nasional (PN) amnya.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada semua pihak sama ada dalam Pas mahu pun PN yang terkesan dan tersinggung dengan ucapan tersebut,” katanya menerusi surat terbabit.

Sebelum ini, Mohd. Shahiful tampil memohon maaf secara terbuka serta mengakui bahawa berkaitan syurga dan neraka bukanlah ditentukan hanya kepada penyokong BN dan PH sebaliknya melibatkan secara umum yang melakukan kebaikan atau kejahatan.

Sambil memohon maaf, beliau turut meminta agar semua pihak menghentikan segala bentuk sebaran klip video ceramahnya sebelum ini bagi menjamin keharmonian selain memastikan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bebas daripada isu perkauman dan agama melampau.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Menteri Besar ketika dihubungi mengesahkan kesahihan surat tersebut.

“Ya, surat itu sahih,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia.
Baca Lagi:
Pondan lebih laju lari dari lelaki
Jadual siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 mengikut waktu Malaysia
Zul Huzaimy minta maaf selepas tular video mahu ‘sembelih’ orang bukan islam
CATEGORIES