Sejarah Yakuza Melayu di Terengganu yang ramai tak tahu

Sejarah Yakuza Melayu di Terengganu yang ramai tak tahu

Sejarah Yakuza Melayu di Terengganu yang ramai tak tahu. Gambar di bawah ini diambil dari majalah Jepun yang menunjukkan sebuah kedai runcit di sekitar kawasan Kampung Cina, Kuala Terengganu, hanya beberapa langkah saja dari rumah aku. Sangat dekat dengan Pasar Besar Kedai Payang lama. Tapi sayangnya kebanyakan deretan kedai di sekitar kawasan berdekatan Pasar Payang dan Kampung Cina ini sudah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan pusat perniagaan Paya Keladi beberapa tahun yang lepas.

Tidak diketahui bagaimana orang Jepun boleh menduduki kedai ini, tapi ada kisah tentang seorang Kapten tenter4 Jepun bernama Yamada menduduki bangunan tersebut tetapi atas kapasiti sebagai pedagang biasa sebelum Per4ng Dunia Kedua bermula.

Kedai bernombor 30 itu dijadikan kedai runcit bernama Yamada & Co. Ia kekal beroperasi sehingga pendudukan Jepun berakhir pada tahun 1945.

Sejarah Yakuza Melayu di Terengganu yang ramai tak tahu

Tak lama kemudian, keluarga Kho berketurunan cina Hainan mengambil alih kedai ni untuk menjual kasut yang kemudian menjadi kedai menjual kasut jenama BATA. Ruang kedai bahagian sudut pernah beroperasi sebagai kedai gambar Redi Photo Studio.

Kapten Jepun ini mungkin ada kaitan dengan seorang lagi orang Jepun yang pernah tinggal kat Terengganu dan tubuhkan kumpulan kongsi gelap Yakuza sendiri. Kedai ini adalah milik keluarga dia jugak. Namanya adalah Tani Yutaka. Atau mungkin kedai ini dibuka oleh ibu bapanya sendiri.

Sejarah Yakuza Melayu di Terengganu yang ramai tak tahu

Tetapi, kemungkinan yang paling logik adalah kedai ini mungkin salah satu dari cawangan kedai keluarganya kerana rumah kediaman dan kedai runcit yang utama milik keluarga ini adalah di Hulu Terengganu.

YAKUZA JEPUN DI TERENGGANU

Nama Tani Yutaka mungkin tak popular di Terengganu mahupun seluruh Malaysia, tetapi nama dia sangat terkenal di tanah airnya sendiri di Jepun, bahkan di Jepun ada filem yang mengisahkan tentang dia. Menarik sangat ke mamat Nippon ni sampai ada filem untuk dia? Ni aku nak cerita la ni.

Sejarah Yakuza Melayu di Terengganu yang ramai tak tahu

Dia lahir di Minami-ku, Fukuoka, Jepun, pada 6 November 1911. Kemudian, dia berpindah ke Tanah Melayu bersama keluarganya. Dia kembali ke Jepun untuk menyambung pengajian, selepas dia menamatkan pengajian di Jepun, baru lah dia dan keluarganya kembali ke Tanah Melayu lalu membuka perniagaan kedai gunting rambut.

Di Tanah Melayu, dia tinggal di Kuala Terengganu di mana mereka bekerja di sebuah kedai. Di sini dia sangat kuat dipengaruhi oleh budaya Melayu tempatan dari kawan-kawannya sehinggalah dia kemudian akhirnya memeluk Islam dengan nama Mohd Ali bin Abdullah.

Bahkan, di dalam filem Jepun, watak yang menggambarkan Yutaka juga tidak ubah seperti seorang pemuda Melayu yang sentiasa bersongkok dan bersamping. Menurut cerita dari mulut orang-orang lama kat sini, Yutaka dan keluarganya sangat fasih bertutur bahasa Melayu dalam loghat Terengganu, dan dia sangat mudah beradaptasi dengan adat dan budaya Melayu.

Dia juga dikatakan pernah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita Melayu tempatan secara rahsia, tetapi akhirnya nereka bercerai.

INS1DEN MUKDEN

Pada tahun 1931, ketika berusia 20 tahun, dia sekali lagi kembali ke Jepun untuk menjalani pemeriksaan ketenter4an. Walaupun dia bekerja di sebuah syarikat kasut, rumah dia sudah tiada, maka dia memutuskan untuk kembali ke Tanah Melayu. Dipercayai ketika inilah dia mengambil alih perniagaan keluarga dengan membuka kedai runcit Yamada & Co.

Sejarah Yakuza Melayu di Terengganu yang ramai tak tahu

Namun, ketegangan dan dendam kaum Cina terhadap masyarakat Jepun yang tinggal di Tanah Melayu semakin meningkat. Ianya berpunca dari tindakan tenter4 Jepun yang menyer4ng China dalam Ins1den Mukden di Manchuria pada tahun 1931.

Orang-orang Cina mula berkempen dan menyeru supaya warga tempatan memulaukan perniagaan-perniagaan milik bangsa Jepun, kaum Cina melakukan protes dengan merusuh di jalanan. Dalam satu kejadian yang berlaku pada 6 November 1932, premis perniagaan milik keluarga Tani Yutaka telah dibakar manakala adiknya Shizuoka pula telah dirogol dan dibvnuh.

Yutaka menyimpan dendam terhadap geng kongsi gelap yang membvnuh kakaknya itu hingga dia nekad menjadi seorang gangster sekembalinya dia ke Terengganu dari Jepun. Sejak itu warga tempatan mula menggelar dia sebagai “Harimau Malaya” (bukan Harimau Malaya si Tomoyuki Yamashita tu ya.)

Sejarah Yakuza Melayu di Terengganu yang ramai tak tahu

Dikatakan nama geng Yakuza yang dia sertai juga adakalanya dikenali dengan nama yang sama digunakan kedai milik keluarganya di Kuala Terengganu iaitu Yamada & Co.

Terdapat fakta lagenda yang mengatakan bahawa salah satu kumpulan Yakuza bernama geng Yamada yang pernah buat kemunculan dalam filem Hong Kong, Young & Dangerous, adalah diilhamkan daripada nama kumpulan Yamada Clan yang memiliki kedai di Terengganu ini. Namun, kumpulan yang dianggotai oleh Yutaka lebih dikenali sebagai kumpulan Harimao.

Yutaka dengan kumpulan Harimao/Yamada yang rata-ratanya dianggotai oleh rakan-rakan berbangsa Melayu dan Siam amat aktif menyer4ng beberapa geng dan usahawan Cina. Adakalanya pegawai Inggeris turut jadi sasaran kerana pembvnuh kakaknya hanya ditangkap, dibicarakan dan dibebaskan oleh pesuruhjaya British.

Beliau aktif melakukan aktiviti gangsterisme di sekitar Terengganu dan Kelantan. Dia mencari sokongan dan sekutu dengan cara mengagihkan harta r0mpakannya kepada penduduk tempatan, walaubagaimanapun, bukti tentang kisah aktiviti rompakan beliau tidak pernah ditemui dalam bentuk catatan dokumen. Dia kemudian ditangkap di Hatyai, Thailand, dan dipenjarakan selama dua bulan.

EJEN PERISIK JEPUN

Sebelum tercetusnya Per4ng Dunia Kedua, dia pernah bertugas sebagai ejen pengintip untuk Tenter4 Imperial Jepun, di antara tugasannya adalah mensabotaj usaha perang pihak Inggeris. Yutaka berkhidmat untuk sebuah agensi perisikan Jepun yang berpusat di Thailand dikenali sebagai Fujiwara Kikan atau F-Kikan, agensi yang pernah melakukan cubaan menggerakkan gerakan Melayu Muda yang anti-British.

Tani Yutaka telah meninggal dunia pada 17 Mac 1942 di Singapura, di mana dia dikebumikan di Japanese Cemetrial Park. Namun, kisah kem4tiannya yang sebenar ada beberapa versi berbeza.

Sejarah Yakuza Melayu di Terengganu yang ramai tak tahu

Beberapa sumber mendakwa bahawa dia terbvnuh semasa misi mensabotaj sebuah empangan di Johor, sementara yang lain mendakwa bahawa dia berjaya dalam sabotaj, lalu sama ada meninggal dunia kerana keced3raan ataupun akibat wabak malaria kerana terlalu lama terdedah dengan iklim hutan tropika.

Dia juga merupakan salah seorang petugas tenter4 yang namanya diabadikan di Kuil Yasukuni yang merupakan sebuah kuil ajaran Shinto di Chiyoda, Jepun, walaupun dia sebenarnya telah beragama Islam.

Baca Lagi:
Tetamu kenduri letak tisu, kertas dalam sampul surat supaya tidak dilihat datang tangan kosong
Ini senarai harta benda yang tak akan dirampas kalau diisytihar muflis
150 peserta perhimpunan haram ‘LGBT’ di Kompleks Sogo dikesan polis
CATEGORIES