‘Sebab harta’, kisah sebenar Abby Choi model terkenal dibunuh kejam dengan bekas bapa mertua

‘Sebab harta’, kisah sebenar Abby Choi model terkenal dibunuh kejam dengan bekas bapa mertua

‘Sebab harta’, kisah sebenar Abby Choi model terkenal dibunuh kejam dengan bekas bapa mertua. ABBY CHOI

Gempar pasal kes pembunuhan model ni dekat mana2 sosial media dan berita.

Sedih sebab daripada beberapa berita yang aku baca, dia dibunuh dengan kejam. Bukan kata bunuh biasa2. Ni memang pembunuhan paling psiko dalam dunia, x ada perikemanusiaan dan betul2 dasyat dan sadis. Kalau orang yang kau bunuh tu, kau tak kenal, itu normal. Sebab kau tak ada kepentingan peribadi dengan mangsa. Kau bunuh tanpa perasaan.

Berlainan dengan kisah Abby Choi, yang membunuh pula adalah orang yang kau kenal. Bukan sehari, bukan sebulan, tapi bertahun-tahun kau kenal. Kau pernah rapat, pernah berkomunikasi, pernah berkasih sayang dan saling mengenali! Yang membunuh dah dianggap keluarga sendiri.

'Sebab harta', kisah sebenar Abby Choi model terkenal dibunuh kejam dengan bekas bapa mertua

Dikatakan Abby menyara keluarga bekas mertua walaupon dah berpisah dengan suami. Dia belikan rumah di kawasan mewah untuk keluarga bekas mertua, atas nama bapa mertuanya, dia jaga mereka dengan baik. Punca dibunuh sebab, Abby dikatakan nak menjual hartanah di kawasan tersebut, dan menempatkan keluarga bekas mertua di tempat lain. Itu yang menjadi perbalahan.

Mungkin tempat tu tak semewah sebelum ni. Abby juga bantu bekas abang ipar dia beli rumah, dan bekas suaminya. Abby dah berkahwin lain pada 2016 cuma tak daftarkan perkahwinan tersebut. Masalahnya bila dia tak daftarkan, harta dia akan jatuh pada dua anaknya dan juga bekas suami.

Harta Abby, lebih dari RM50 juta, memang berasal dari keluarga kaya, mungkin sebab itu, dia tetap membantu keluarga bekas mertua meskipun sudah tidak ada hubungan lagi.

Mayat Abby Choi hancur, daging dikisar, kepala pula dalam periuk sup. Siap dengan sayuran carrot. Kaki dalam peti ais, bahagian badan lain pon ditemukan berpisah2.

Masa kau membunuh, Tidak ada sekelumit kasihan ke? Tidak ada rasa takut ke? Wanita ini adalah yg pernah menjadi isteri, pernah kau semua dampingi, pernah ada dalam hidup dan mungkin pernah berkongsi peribadi. Wanita ini ada keluarga, ibu bapa, anak2 yang perlu kan ibunya…

Kenapa ya manusia? Kenapa sanggup ya? Terlintas dalam hati, macam mana perasaan mereka saat dia sembelih mangsa, cincang dan potong bahagian kulitnya, pisahkan kepala dari badannya, campak dan simpan sebahagian anggota tubuhnya, giling dan kisar setiap cebisan dagingnya. Apa perasaan dan apa yang ada dalam hati dan jiwa mereka?

Yang membunuh adalah bekas bapa mertua, seorang bekas anggota polis. Pembunuhan ni terancang untuk memghapuskan bukti. Dalam rumah tempat mangsa dibunuh banyak alat seperti pengisar daging, gergaji, pisau dan sebagainya. Dikatakan tengkorang Abby berlekuk, mungkin dipukul sebelom pengsan.

Pada 22 februari lepas, Abby tak hadir untuk jemput anak dia dekat tadika. Kali terakhir dia dilihat dengan bekas abang ipar yang juga digaji sebagai pemandu peribadi sebab orang tu tak ada kerja! Dah diberi kerja dibalas dengan tuba! Dasar!

Itu point untuk polis siasat semua keluarga belas mentuanya. Bekas suami pula ditahan semasa tengah tunggu bot laju. Mungkin nak larikan diri. Bersama dengannya adalah wang lebih kurang RM300k.

Puncanya harta! Ya… harta, duit, kemewahan. Manusia memang akan sanggup buat apa sahaja utk hidup dalam keadaan ini. Nafsu yang paling besar untuk manusia yang hidup di muka bumi.

Harta! Kau mau tahu segila apa manusia akan jadi kerana harta?

Kau tak akan peduli siapa, dan apa juga jasa yang pernah mangsa kau buat. Yang penting impian kau untuk hidup kaya, mewah, semua tercapai. Yang miskin boleh lupa diri, yang kaya pula semakin buta, yang x pernah berharta akan gelap mata.

Itulah harta!

Harta yang x akan pernah kau bawa mati. Yang akan dipertimbangkan di akhirat nanti, yang akan memutuskan dua jiwa, yang memecah belahkan keluarga, yang membuatkan kau lupa balasan dari pencipta. Harta yang membuatkan kau sanggup buat apa sahaja, janji nafsu kau dipenuhi. Gila!

Aku tak kenal mangsa, tapi Aku pasti Abby Choi seorang yang baik. Apa pun semoga semua dapat pembalsan. Diaorang ni semua memang psiko!

*Orang yang paling kau kenali dan percayai, adalah orang yg paling banyak mengkhianati dan menzalimi. Trust me!

Baca Lagi:
Model terkenal dibunuh kejam, mayat ditemui tanpa kepala dalam peti ais
Mahkamah Tinggi KL bebaskan Najib dan Arul Kanda berhubung kes 1MDB
Bantuan Khas Kewangan RM350 untuk bujang tahun 2023, semak sekarang
CATEGORIES