Cara tebus bantuan KWSP Akaun 1 RM500 setiap individu, ini caranya

Cara tebus bantuan KWSP Akaun 1 RM500 setiap individu, ini caranya

Cara tebus bantuan KWSP Akaun 1 RM500 setiap individu, ini caranya. Kerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

“Kini selepas rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan diterima untuk menyara kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah
“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani, di Dewan Rakyat, hari ini.

Cara tebus bantuan KWSP Akaun 1 RM500 setiap individu, ini caranya

Anwar berkata, kerajaan juga berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.

Sementara itu, beliau berkata, berhubung simpanan syariah KWSP yang diperkenalkan sejak 2017, pada masa ini aset simpanan syariah dilaburkan bersama aset patuh syariah dalam simpanan konvensional.

“Bermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah,” katanya.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai belanjawan boleh rujuk di Intipati Belanjawan 2023

Baca Lagi:
Bantuan Khas Kewangan RM350 untuk bujang tahun 2023, semak sekarang
Bekas Ketua UMNO Pandan dipenjara 8 tahun, denda RM977,560
Mak ayah masih sihat umur 80 tahun, adik beradik dah mula sibuk bahagi harta padahal dalam simpanan masing-masing berjuta
CATEGORIES