Insiden kecederaan mata Fasha Sandha, ini nasihat orang lama Fizz Fairuz

Insiden kecederaan mata Fasha Sandha, ini nasihat orang lama Fizz Fairuz

Insiden kecederaan mata Fasha Sandha, ini nasihat orang lama Fizz Fairuz. Susulan insiden yang berlaku kepada pelakon Fasha Sandha, aktor berpengalaman Datuk Fizz Fairuz menasihati rakan pelakon lain agar tidak berlebih-lebihan ketika menjayakan sesebuah babak.

Memahami situasi yang berlaku, Fizz berkata, ada pelbagai cara lain yang boleh digunakan bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

“Bagi saya, waktu berlakon ini kena beringat, tak perlu nak beria-ia sangat. Memang boleh untuk melakukan babak sedemikian tapi biarlah ada persediaan sebab ada asas lakonan.
“Saya faham keadaan ini tak boleh nak elak, tapi kita boleh rancang, tak perlu nak nampak terlalu realistik misalnya agenda baling, sepak, ke terpanjang…ada cara yang betul.
“Jangan terlalu over acting sebab ia melibatkan orang lain juga. Kena ingat, kalau ada duit boleh dapatkan rawatan tapi kalau ini terjadi kepada pelakon yang tidak berkemampuan macam mana,” katanya kepada MH.

Insiden kecederaan mata Fasha Sandha, ini nasihat orang lama Fizz Fairuz

Tambah Fizz lagi, setiap pengiat seni seharusnya berhati-hati dalam melakonkan aksi berisiko kerana terdapat syarikat produksi yang tidak menyediakan pelan perlindungan.

“Kerjaya sebagai seni ini boleh terdedah kepada bahaya sebab kita ini kerja sendiri.

“Jadi sepatutnya kena ada pelan pelindungan yang sebelum ini saya dengar ada ura-ura pihak berkaitan nak laksanakan tapi sehingga sekarang tiada khabar berita.

“Kenapa saya tekankan benda ini di laman sosial, kerana tidak mahu insiden yang lebih teruk berlaku membabitkan lelaki. Selama saya berkecimpung dalam industri, saya difahamkan anak seni tiada insurans disediakan.

“Kecuali kalau filem mungkin ada disediakan insurans. Kalau untuk terbitan drama, saya rasa tiada… mati katak saja la,” katanya lagi.

Terdahulu, Fasha mengalami kecederaan di bahagian mata kirinya akibat terjatuh ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Johor Bahru, Johor, pada Rabu

Tulang mata kirinya difahamnya patah selain bebola mata bengkak selepas terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan sebuah babak.

Baca Lagi:
Bantuan Khas Kewangan RM350 untuk bujang tahun 2023, semak sekarang
Bekas Ketua UMNO Pandan dipenjara 8 tahun, denda RM977,560
Letup mesin ATM dua suspek berjaya ditahan ketika cuci wang
CATEGORIES