Scammer menyamar sebagai pegawai Pos Malaysia, penjawat awam rugi hampir setengah juta

Scammer menyamar sebagai pegawai Pos Malaysia, penjawat awam rugi hampir setengah juta

Scammer menyamar sebagai pegawai Pos Malaysia, penjawat awam rugi hampir setengah juta. Lagi mangsa terjerat dengan helah Macau Scam, kali ini membabitkan seorang penjawat awam di sini yang mendakwa kerugian hampir setengah juta ringgit akibat diperdaya sindiket itu yang menyamar sebagai pegawai Pos Malaysia.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata terdahulu mangsa yang juga wanita berusia 50 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali pada 24 Mei lalu.

“Individu membuat panggilan itu dikata memperkenalkan diri kononnya ‘pegawai Pos Malaysia’ dan mendakwa ada sebuah bungkusan mengandungi barang terlarang membabitkan sekeping kad pengenalan serta lima keping kad mesin juruwang automatik (ATM) didaftarkan atas nama mangsa untuk dihantar ke Sabah.

“Bagaimanapun, mangsa menafikan perkara itu sebelum diminta membuat laporan polis dengan panggilan telefon disambungkan kononnya ke sebuah balai polis di Sabah.

“Selepas panggilan disambungkan, wanita itu terkejut apabila diberitahu kononnya nama serta nombor kad pengenalan mangsa didapati terbabit kes jenayah pengubahan wang haram, dan diminta membuat beberapa transaksi bayaran untuk menyelesaikan kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Scammer menyamar sebagai pegawai Pos Malaysia, penjawat awam rugi hampir setengah juta

Akibat panik dan takut, Ahmad Mohsin berkata, mangsa yang mempercayai dakwaan itu membuat 10 kali transaksi bayaran dari 27 Jun hingga 30 Julai lalu ke dalam beberapa akaun bank diberikan sindiket terbabit.

“Namun, mangsa kemudian menyedari dirinya tertipu dengan mengalami kerugian hingga RM429,000, justeru segera membuat laporan di Balai Polis Arau pada Rabu lalu,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati modus operandi sindiket ialah menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai penguat kuasa, institusi kewangan ataupun syarikat perkhidmatan, serta mendakwa mangsa terbabit kes jenayah ataupun ada tunggakan bayaran cukai, pinjaman bank dan sebagainya.

“Mangsa kemudian diugut akan ditangkap serta didakwa di mahkamah, dan dilarang memberitahu sesiapa berkenaan hal itu. Suspek akan meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankan atau memindahkan wang ke dalam akaun bank tidak dikenali kononnya untuk tujuan siasatan,” katanya.

Susulan itu, Ahmad Mohsin berkata, pihaknya sudah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, dan sedang giat mengesan suspek.

Beliau turut menasihati masyarakat supaya jangan mudah panik atau mempercayai panggilan seumpama itu.

“Manfaatkan aplikasi semak ‘Mule Account’ di https://semakmule.rmp.gov.my yang juga boleh dimuat turun daripada Google Play Store, untuk menyemak nombor akaun dan nombor telefon sebelum membuat sebarang transaksi bayaran.

“Selain itu, masyarakat boleh membuat rujukan dan semakan berkaitan jenayah komersial dengan menggunakan perkhidmatan disediakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman melalui CCID Scam Response Center di talian 03–26101559 atau 03–26101599,” katanya.

Sebarang maklumat juga boleh disalurkan melalui applikasi WhatsApp CCID Infoline menerusi talian 013–2111222, di samping mengikuti perkembangan berkaitan modus operandi terkini jenayah komersial dalam laman Facebook: cybercrimealertrmp/JSJKPDRM dan Facebook JSJK Perlis.

Baca Lagi:

Kenapa Najib dipenjara ke Kajang bukan Sungai Buloh?, ini sebabnya..

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Pondan bertaubat, kongsi kisah mimpi ngeri yang menakutkan

CATEGORIES