Kereta terhumban ke laut, seorang maut empat cedera

Kereta terhumban ke laut, seorang maut empat cedera

Kereta terhumban ke laut, seorang maut empat cedera.

Seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jitra maut dan empat yang lain termasuk dua pelajar sekolah pondok cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terhumban ke dalam laut di Kuala Perlis, di Jalan Persiaran Pantai Kuala Perlis-Sungai Baru, Simpang Empat di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata dalam kejadian pada 11 malam itu, kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki lima mangsa itu menuju ke arah Sungai Baru sebelum terbabas di kiri jalan dan melanggar benteng batu pemecah ombak sebelum terjunam ke dalam laut.

Kereta terhumban ke laut,seorang maut empat cedera

Beliau berkata, kereta berkenaan yang dipandu Muhammad Mustaffa Sarin, 22, dalam perjalanan dari Jitra, Kedah menuju ke Kuala Perlis.

“Kereta dipandu hilang kawalan, akibatnya seorang penumpang yang berada di bahagian hadapan dikenali sebagai Ahmad Baihaqi Mahamad Shafie, 25, tercampak keluar dari kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Katanya, empat mangsa lain yang cedera adalah pemandu, Muhammad Mustaffa dari Kampung Padang Chenderai, Kuala Nerang dan tiga lagi penumpang yang dikenali sebagai Muhammad Syairozi Abdul Karim, 24 dari Kampung Sungai Padang, Sanglang serta dua pelajar Pondok Mat Rejab, Pida 2, Sungai Korok, Jitra yang dikenali sebagai Muhammad Khuzaini Mohd Sobri, 17, dan Zulkifli Abd Razak, 20.

“Siasatan mendapati lokasi kejadian adalah kawasan jalan lurus dan ketika insiden keadaan cuaca hujan dan menyebabkan permukaan jalan basah,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat manakala empat lagi mangsa yang mengalami kecederaan ringan dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian ketika memandu sehingga menyebabkan kematian.

Baca Lagi:

Tekup kekasih dengan bantal sampai mati sebab minta putuskan hubungan

‘Besar kemungkinan’ Najib dapat pengampunan, kata Mahathir

Penggali kubur kongsi pengalaman jenazah hidup balik sebelum dikebumikan, ‘dah 3 kali berlaku’

CATEGORIES