“Saya akan popular jika benarkan pengeluaran KWSP, tapi….

“Saya akan popular jika benarkan pengeluaran KWSP, tapi….

“Saya akan popular jika benarkan pengeluaran KWSP, tapi…. Pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi kesan kepada dana pelaburan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan perlu mencari jalan lain bagi memastikan dana pelaburan negara tidak terjejas.

“Saya boleh popular dan membenarkan pengeluaran KWSP, tetapi adakah seorang yang bertanggungjawab boleh berbuat demikian?
“Sebab itu kita cari jalan lain dengan menambah bonus, elaun dan bantuan kepada pekebun serta nelayan…semua ini kita buat untuk meringankan beban rakyat,” katanya.
"Saya akan popular jika benarkan pengeluaran KWSP, tapi....

Anwar berkata demikian ketika sesi soal jawab terbuka bersama belia yang diadakan buat julang kalinya di program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Anwar, berkata tindakan kerajaan memberikan RM500 kepada pencarum yang mempunyai RM10,000 ke bawah adalah bagi membolehkan wang itu dilabur oleh KWSP.

Katanya, pemberian RM500 itu akan memberi dividen dan wang tambahan kepada simpanan persaraan pencarum.

“Sebab itu saya ambil keputusan bagi RM500 kepada mereka yang mempunyai RM10,000 ke bawah… ia akan memberi manafat, walaupun bukan hari ini, tapi ketika bersara esok, tiga atau empat tahun.

“Tak ramai sebenarnya yang mendesak, hanya sebilangan kecil, tetapi kerana dijadikan isu politik, ia menjadi besar,” katanya.

Sementara itu, pada sesi soal jawab berkenaan, Anwar berkata Monopoli Touch ‘n Go mungkin akan ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.

Katanya, Touch ‘n Go sudah beroperasi selama dua dekad namun tidak meyakinkan atau mempunyai perkembangan.

Menjawab soalan sama ada kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk membongkar Touch ‘n Go, Anwar berkata: “saya rasa anda betul.”

“Kita akan menimbangkannya semula,” katanya.

Terdahulu, pada sesi soal jawab terbuka itu, lebih 8,000 belia diberi peluang untuk bertanya terus kepada Anwar bagi mendapatkan pelbagai informasi berkaitan pemerkasaan belia.

Sebaik saja program itu bermula, Anwar memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan bertindak ke atas sesiapa pun kerana memberi pandangan.

Katanya, kerajaan memberi jaminan akan terus melindungi hak bersuara rakyat selagi tidak menyentuh soal kaum dan agama serta memecah belahkan masyarakat.

“Untuk anak-anak muda, kita anjurkan permikiran terbuka dan kritis, bukan nak latih orang nak jadi pentaksub.

“Negara boleh rosak kalau kita jadi pengikut bebal yang tidak boleh berfikir, hanya tunduk kepada arahan,” katanya.

Terdahulu, program yang dikendalikan pelakon, Amelia Henderson turut menampilkan Kumpulan rock Bunkface yang mempersembahkan lagu rasmi Malaysia Madani.

Baca Lagi:
Pengurus syarikat Fazura berdepan hukuman penjara, sebat dan denda
Berasmara dalam kenderaan, ketua trafik mati ditembak 2 kali
9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut
CATEGORIES