Sajat dibelasah dengan abang kawasan Aussie

Sajat dibelasah dengan abang kawasan Aussie

Sajat dibelasah dengan abang kawasan Aussie. “Saya betul-betul trauma,” kata usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat yang mendedahkan dia diserang secara seksual di salun kecantikannya di Australia pada 17 Februari lalu.

Sajat menerusi Instagram berkata, dia tak sangka lelaki yang juga salah seorang pelanggannya itu berniat jahat.

“Banyak orang tak faham bila kita diserang dengan orang yang kita sangka ‘customer’. Rupanya dia ada berniat jahat,” katanya.

Sajat dibelasah dengan abang kawasan Aussie

Menurut Sajat, lelaki dipercayai gengster itu turut mengugut dan meminta wang perlindungan di kawasan didiami Sajat itu.

Sajat turut berkongsi kejadian itu di sesi siaran langsung di laman sosialnya mendakwa lelaki setinggi 187 sentimeter (cm) itu masuk ke salunnya dan cuba memperkosanya.

Katanya, ketika kejadian dia sedang merawat pelanggan wanita yang datang untuk perkhidmatan ‘waxing’ seluruh badan.

“Pelanggan wanita itu sepatutnya menjadi pelanggan terakhir pada hari itu, dan dia segera beredar selepas mendapatkan rawatan di kedainya.

“Ketika pelanggan wanita itu pergi, penyerang masuk ke salun dan mengunci pintu depan untuk menghalang pelanggan baharu daripada masuk.

“Serangan seksual itu kemudian berlaku di dalam bilik di salun kecantikan, jauh dari pintu depan,” katanya.

81634537563 nursajatkamaruzzaman

Sajat berkata, lelaki itu pernah berkunjung ke salunnya sebelum ini dan datang semula pada hari kejadian untuk mendapatkan khidmat ‘waxing’ kening.

Bagaimanapun, selepas dia menyapu kening lelaki itu, penyerang bertindak menutup pintu bilik dan menariknya sambil memberitahu bahawa dia meminati Sajat.

“Saya merayu untuk berhenti tetapi dia tetap berkeras. Dia kemudian menampar muka saya selepas saya menyatakan bahawa salun saya mempunyai banyak kamera litar tertutup (CCTV) tersembunyi, kerana dia beranggapan salun saya tiada CCTV.

“Dia juga mencekik saya dan saya memutuskan untuk tidak melawan kerana bimbang dicederakan atau dibunuh,” katanya menerusi siaran itu, namun tidak dapat meneruskan ceritanya kerana sebak.

Sajat berkata, dia kemudian membuat laporan polis dan mendapatkan bantuan daripada ahli terapi serta kerajaan Australia.

Sejak kejadian itu, salunnya masih ditutup kerana kebimbangan dan kemurungan selain masih bergelut untuk sembuh daripada trauma.

“Pihak profesional kesihatan mental dan kerajaan Australia membantu saya untuk bangkit semula dengan memberi pampasan dan membayar sewa sementara kedainya ditutup,” katanya.

Dalam pada itu, penyerang berkenaan ditahan polis selepas Sajat membuat laporan dan memberikan rakaman CCTV kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Baca Lagi:
Diana Danielle bercerai dengan Farid Kamil?
Pengurus syarikat Fazura berdepan hukuman penjara, sebat dan denda
Bank Negara keluarkan duit kertas RM60 dan RM600 pula
CATEGORIES