Sambut raya tanpa anak, ibu pelakon dakwa anak diberi minum ‘air syaitan’

Sambut raya tanpa anak, ibu pelakon dakwa anak diberi minum ‘air syaitan’

Sambut raya tanpa anak, ibu pelakon dakwa anak diberi minum ‘air syaitan’. Ibu kepada pelakon Indonesia, Indah Permatasari, Nursyah Mustamin mengaku sekali lagi menyambut Lebaran tanpa kepulangan anak perempuannya itu.

Bukan hanya tidak pulang menyambut raya bersama keluarga, Nursyah juga memberitahu Indah yang sudah berkahwin dengan pelakon Arie Kriting tidak memberi ucapan Aidilfitri atau meminta maaf kepadanya.

Pengakuan itu dibuat saat Nursyah melakukan siaran langsung di Instagram. Salah seorang netizen bertanya bagaimana hubungannya dengan Indah yang diketahui memang tidak baik selepas perempuan tersebut memilih berkahwin dengan Arie.

Sambut raya tanpa anak, ibu pelakon dakwa anak diberi minum 'air syaitan'

“Jangankan ucapan Lebaran, bertemu dengan sama saya beberapa tahun yang lalu, beberapa bulan yang lalu pun dia cuma berlalu pergi,” ujarnya dalam siaran langsung seperti dilaporkan InsertLive.

Nursyah juga mengatakan apa yang ada dalam kepala anaknya hanyalah Arie Kriting sehingga lupa kepada dirinya dan keluarga.

“Yang di kepalanya Indah itu cuma si kribo (Arie) dengan keluarganya,” ungkapnya.

Tak hanya itu, Nursyah juga mengesyaki Indah telah dibutakan oleh keluarga Arie dengan perbuatan syirik atau ‘guna-guna’.

“Kalau sudah sampai di sana (kampung halaman Arie Kriting), otaknya sudah mati, diberi mandi, diberi minum dengan air, air syaitan,” ucapnya sambil ketawa.

Hubungan dingin Nursyah dengan Indah sudah berlarutan sejak dia tidak merestui perkahwinan anak perempuannya dengan Arie.

Baca Lagi:
Telefon Nokia 3310 dijual pada harga RM20,000, apa kelebihannya? Ini punca jadi mahal
Helmet MS88 jumpa tepi jalan dijual RM60,000
Berubah muka Ira Kazar selepas kena sindir dengan saudara semasa beraya
CATEGORIES