Salah orang kita sebab memilih kerja, harga sayur dijangka naik 25% mulai bulan depan

Salah orang kita sebab memilih kerja, harga sayur dijangka naik 25% mulai bulan depan

Salah orang kita sebab memilih kerja, harga sayur dijangka naik 25% mulai bulan depan. Dua persatuan utama dalam industri sayur-sayuran di Malaysia menjangkakan harga sayur berkemungkinan akan naik sebanyak 25 peratus mulai bulan depan. Kenaikan ini dijangka berlaku akibat kekurangan pekerja asing yang kritikal dan pembatalan kuota pekerja asing oleh kerajaan.

Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia dan Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands telah meramalkan bekalan sayur-sayuran akan terjejas mulai bulan depan. Situasi ini dijangka akan bertambah buruk pada Mei dan boleh berlarutan hingga Julai.

Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, berkata jangkaan ini dibuat berdasarkan pengalaman pengusaha sayur yang berdepan dengan kekurangan tenaga kerja kritikal semasa penularan wabak COVID-19.

Salah orang kita sebab memilih kerja, harga sayur dijangka naik 25% mulai bulan depan

Menurutnya, setiap kali menjelang pertengahan Ramadan, antara 15 hingga 25 peratus tenaga kerja yang majoritinya warga Indonesia akan pulang ke negara asal untuk bercuti Aidilfitri antara dua hingga tiga bulan. Disebabkan itu, harga sayur akan melambung pertengahan Ramadan dan semakin buruk selepas Aidilfitri.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid, telah menyenaraikan beberapa jenis sayur yang pengeluarannya terjejas antara 30 hingga 40 peratus di Cameron Highlands.

Ini termasuk jenis berdaun dan berbuah seperti kobis, kailan, sawi, tomato, cili serta terung.

Justeru, pihak persatuan menggesa kerajaan mengkaji semula pembatalan kuota pekerja asing dan berharap permohonan mereka dipertimbangkan untuk memastikan bekalan sayur-sayuran tidak terjejas.

Sebelum ini, permohonan bagi pekerja dalam sektor pertanian di Cameron Highlands adalah sebanyak 8,000 orang. Namun, hanya separuh daripadanya yang telah diisi, terutamanya di ladang teh. Bagi kebun sayur, kira-kira 4,000 pekerja asing masih diperlukan.

Baca Lagi:
Lelaki tunggu azan Maghrib terkejut dengar suara budak sekolah menjerit dalam bas
Peniaga air balang ‘masyuk’, raih sehingga RM10,000 sehari
“Korang ni meniaga macam mana?”, Lelaki patah gigi makan popia keras beli di bazar
CATEGORIES