Sakit perut bongkar abang rogol adik sehingga mengandung

ezgif 4 c65259eaa2 e1654298364215

Sakit perut bongkar abang rogol adik sehingga mengandung.

Sorang petani ditahan polis selepas dipercayai merogol adik kandungnya yang juga pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan sehingga mengandung.

Suspek berusia 21 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah ditahan di rumahnya di Kampung Beta Hulu Kadok, di Kota Bharu, pada pukul 2.50 petang Khamis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kes sumbang mahram itu terbongkar selepas pihak hospital membuat laporan pada petang Khamis setelah mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, Selangor kerana sakit perut.

ezgif 4 dcf90b5ed3
Gambar hiasan

Katanya, ketika pemeriksaan terhadap mangsa mendapati, remaja berusia 13 tahun disahkan mengandung dengan usia kandungan 26 minggu.

“Siasatan awal dijalankan mendapati, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengatakan melakukan hubungan seks bersama abang kandungnya beberapa kali.

“Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mangsa sehingga mangsa disahkan mengandung,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, bertindak atas maklumat diterima, pihaknya menahan suspek di rumahnya.

Katanya, pemeriksaan ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata, berdasarkan peningkatan kes jenayah seksual dalam kalangan remaja yang mana membabitkan pelajar sekolah, pihak polis meminta semua ibu bapa dan guru supaya memberikan perhatian serta cakna dengan keselamatan mereka.

Baca lagi: 

Pelajar MRSM maut nahas dua kenderaan

Murid darjah 3 menangis kena buli dalam group whatsapp

[VIDEO] Dua termasuk kakitangan KKM sedang menukar tayar kereta maut dirempuh lori

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *