Pelajar MRSM maut nahas dua kenderaan

WhatsApp Image 2022 06 03 at 11.15.16 PM 1 e1654269597746 1024x642 1 e1654297112728

Pelajar MRSM maut nahas dua kenderaan.

Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, Pahang maut dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Rumah Rakyat Kendong, di sini, malam ini.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta Kota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 9 malam.

Menurut Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Amer Izham Mokhtar, kemalangan membabitkan kereta Proton Saga dari arah Rembau dan kereta Perodua Axia dari arah Tampin.

“Kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan pemandu Proton Saga yang tersepit di kaki. Tiga penumpang kereta itu cedera dan dikejarkan ke hospital.

“Penumpang belakang kereta Produa Axia yang juga pelajar MRSM disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi. Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke Seremban,” katanya ketika ditemui di Kendong malam ini.

Amer Izham berkata, ibu pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana parah manakala abangnya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Baca lagi:

Telekung RM16,000, pengasas Bawal Exclusive ‘disekolahkan’ netizen

Kerap bermimpi sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Makkah, pemuda cina ini peluk Islam

Pelajar 17 tahun kaut untung RM26 juta tipu wang kerajaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *