Kawasan negeri-negeri pantai barat mula rasai gegaran gempa bumi

Kawasan negeri-negeri pantai barat mula rasai gegaran gempa bumi

Kawasan negeri-negeri pantai barat mula rasai gegaran gempa bumi. Beberapa kawasan di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran akibat gempa bumi kuat melanda Indonesia, pada awal pagi Selasa.

Menurut Jabatan Meteorologi (METMalaysia), ini selepas gempa bumi bermagnitud 7.0 melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 4 pagi tadi.

Kawasan negeri-negeri pantai barat mula rasai gegaran gempa bumi

Pusat gempa bumi tersebut terletak di koordinat 0.9 darjah selatan dan 98.3 darjah timur dengan kedalaman 49 kilometer (km) bersamaan 85km Barat Laut dari Siberut, Indonesia.

Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, METMalaysia berkata, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Baca Lagi:
Burung helang termahal di dunia, dijual harga RM1.9 juta, ini punca ia jadi mahal
Fuh! Malaysia duduki tangga pertama
Jumpa hantu malam raya, guard mengigil ketakutan akhirnya pengsan
CATEGORIES