Ronaldo mintak maaf kepada ibu-ibu seluruh dunia sebab style rambut dia

Ronaldo mintak maaf kepada ibu-ibu seluruh dunia sebab style rambut dia

Ronaldo mintak maaf kepada ibu-ibu seluruh dunia sebab style rambut dia. Penyerang legenda Brazil, Ronaldo secara berseloroh memohon maaf dengan gaya potongan rambutnya yang pernah menjadi fenomena di seluruh dunia ketika Piala Dunia 2002 berlangsung.

Pemain nombor 9 terbaik sepanjang zaman itu muncul di Korea Selatan dan Jepun selaku tuan rumah bersama Piala Dunia dengan gaya botak dan hanya bahagian depan kepalanya sahaja mempunyai rambut berjaya mencuri tumpuan peminat-peminat bola sepak

Faktanya adalah ia sengaja dibentuk menjadi segi tiga kecil di bahagian depan rambutnya.

Ronaldo mintak maaf kepada ibu-ibu seluruh dunia sebab style rambut dia

Di sebalik aksi luar biasa beliau yang berjaya merangkul Kasut Emas dan seterusnya membantu Brazil menjulang trofi teragung dunia bola sepak itu, gaya rambutnya juga adalah salah satu talking point utama sepanjang kejohanan hingga menyaksikan ia menjadi inspirasi kanak-kanak yang meminatinya.

Dalam sebuah video temu bual Ronaldo dan pemberita Good Morning Britain, pemberita bertanya soalan berikutan fenomena gaya rambutnya ketika itu di mana ramai di kalangan peminat cilik meminta izin daripada ibu mereka untuk menggayakan potongan rambut yang sama.

“Kaum ibu di seluruh dunia sehingga hari ini membenci saya kerana anak mereka meminta untuk membuat potongan gaya rambut yang sama seperti saya. Saya mohon maaf untuk itu,” jawab Ronaldo dengan nada berseloroh.

Ronaldo telah bermain untuk pasukan Brazil dalam 98 perlawanan dan telah menjaringkan 62 gol sepanjang bermain dengan pasukan tersebut. Pada umur sekitar 17 tahun, dia menjadi pemain paling muda dalam skuad Brazil yang memenangi Piala Dunia FIFA pada tahun 1994.

Baca Lagi:
Kerana jujur dan mengatakan kebenaran, Kementerian Pendidikan Malaysia nak buang kerja saya
Lelaki temui mutiara dalam cengkerang bernilai RM1.3 juta
Pelajar Malaysia ditemui mati di apartmen, dipercayai dibunuh
CATEGORIES