Rezeki pemandu Ambulans, nyanyi suara sumbang pun dapat duit RM1,000. Program hiburan, ‘Sumbang Suara‘ kembali bersiaran di TV3 setiap hari Sabtu pada pukul 10 malam. Program tersebut masih mengekalkan hos yang sama iaitu Elly Mazlein serta penampilan Dato’ Awie dan Hazama sebagai Wakil Netizen. Terbaik!
Dalam episod kedua, seorang lelaki yang dikenali sebagai Robi, 52, berjaya membawa pulang RM1000 kerana dinobatkan sebagai pemenang ‘Sumbang Suara’ episod kedua.
Rasa gembira!
Menerusi temu bual bersama OhBulan, Robi memberitahu dia bekerja sebagai pemandu ambulans sejak 20 tahun yang lalu. Tambah Robi, dia suka pergi ke pusat karaoke dan menyanyi di kenduri kahwin sebelum ini. Disoal mengenai perasaan selepas berjaya membawa pulang RM1000, lelaki yang berasal dari Marang, Terengganu ini berkata dia berasa sangat gembira kerana dinobatkan sebagai pemenang ‘Sumbang Suara’ untuk episod kedua. Jelasnya lagi, dia berasa diri dihargai apabila program sebegini diadakan.
Robi turut memberi pesanan kepada individu yang tidak boleh menyanyi di luar sana agar kena sentiasa berani, membuang sifat malu dan bersemangat tatkala menyertai pertandingan seperti ‘Sumbang Suara’.