Majikan maut ditetak dengan parang oleh bekas pekerja

Majikan maut ditetak dengan parang oleh bekas pekerja

Majikan maut ditetak dengan parang oleh bekas pekerja. Seorang majikan maut dipercayai ditetak dengan parang oleh bekas pekerjanya di Jalan Ladang Sungai Labis di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 35 tahun ditetak di leher dan beberapa anggota badan oleh suspek.

“Kejadian bermula dengan pertengkaran mulut dan pergaduhan dipercayai disebabkan dendam lama. Suspek yang berusia 45 tahun itu juga sudah dua bulan tidak bekerja di kandang lembu milik mangsa.

“Berlaku pertelingkahan antara mereka. Suspek yang menaiki sebuah motosikal menetak mangsa dengan sebilah parang dan terus melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini pada Ahad.

Majikan maut ditetak dengan parang oleh bekas pekerja

Beliau berkata, suspek ditahan di sebuah kafe sekitar Labis pada jam 10 malam Jumaat manakala seorang lagi lelaki berusia 37 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pihak polis turut menemukan parang dipercayai digunakan ketika kejadian selain seutas rantai emas, seutas tali warna kekuningan, telefon bimbit dan dua unit kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bahan bukti.

“Suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap serta miliki satu rekod jenayah dan dua rekod lampau berkaitan dadah selain pernah menggunakan motosikal Honda dilaporkan hilang pada 23 Mac 2020 lalu di Labis,” katanya.

Jelas Ahmad Zamry, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan lanjut dan kedua-dua suspek direman enam hari sehingga 27 Oktober depan.

Tambahnya, mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat untuk bedah siasat.

“Polis turut meminta agar menghentikan menyebar maklumat tular yang boleh mengganggu siasatan dan dakwaan mangsa dibunuh kerana kes samun tidak tepat,” katanya.

Baca Lagi:
Ramai ‘cancel loan’ kereta baru sebab teruja tengok gambar kereta Proton S50
Rupanya ini sebab kenapa dilarang campur duit kertas dan duit syiling dalam satu bekas
Wajah mirip arwah S. Shamsuddin, netizen terhibur dengan lelaki Iban ini
CATEGORIES