Ramai tak tahu anda akan dikenakan caj penalti jika duduk dalam highway terlalu lama

Ramai tak tahu anda akan dikenakan caj penalti jika duduk dalam highway terlalu lama

Ramai tak tahu anda akan dikenakan caj penalti jika duduk dalam highway terlalu lama. BEBERAPA hari lepas kecoh pasal kes viral seorang pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dikenakan Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT). Bagaimanapun, PLUS dalam satu kenyataan semalam yang disiarkan Berita Harian mendakwa caj penalti cuma diberikan jika pengguna gagal memberikan alasan munasabah selepas didapati duduk melebihi tempoh perjalanan ditetapkan.

Bagi membuktikan dakwaan itu, PLUS menegaskan memiliki semua rekod yang menyebabkan seseorang pengguna itu duduk melebihi tempoh sebenar perjalanan mereka di lebuh raya seperti kejadian kesesakan, kerja penyelenggaraan lebuh raya, kemalangan dan kerosakan kenderaan. Malah, rekod itu dirujuk dan disemak petugas tol sebelum penalti LJT dikenakan.

Sebagai contoh, menurut PLUS, perjalanan mengikut kadar kelajuan antara Plaza Tol Gurun dan Pendang hanya 30 minit. Jumlah itu kemudian ditambah menjadi dua jam 18 minit dengan mengambil kira kemungkinan pengguna berkenaan berhenti di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun.

Ramai tak tahu anda akan dikenakan caj penalti jika duduk dalam highway terlalu lama

Jika pengguna itu keluar dari Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan dan bukti munasabah, penalti LJT boleh dikenakan. PLUS juga akan membayar balik jumlah penalti jika pengguna dapat mengemukakan bukti, tegas PLUS.

HAPUS MANIPULASI KAD TRANSIT

Menurut PLUS lagi, langkah tersebut dibuat bagi mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan lebuh raya kendaliannya. Antara taktik adalah menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol.

Justeru bagi memastikan perkara itu tidak terjadi, penalti LJT terpaksa dikenakan. Kiraan dibuat berdasarkan waktu masuk dan keluar dari lebuh raya dengan panduan formula atau pengiraan ditetapkan.

Kenyataan PLUS itu ialah respon kepada status Facebook viral yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Damar Wulan (gambar atas) yang mendakwa dikenakan penalti RM6.40 ketika menggunakan lebuh raya PLUS antara Gurun dan Pendang. Menurut Damar, dia berhenti rehat di R&R Gurun selama sejam 30 minit.

APA PULA PANDANGAN KAMI?

Tindakan dan alasan PLUS sangat munasabah dan patut disokong kerana membabitkan kelancaran penggunaan perkhidmatan lebuh raya itu. Bayangkanlah tiada sebarang penalti atau denda dikenakan, sudah tentu sesiapa saja boleh melepak dan berkelah di lebuh raya sesuka hati mereka.

Seperti dimaklumkan PLUS, jarak masuk-keluar dari Gurun ke Pendang sepatutnya setengah jam (30 minit) saja. Secara logik, apakah munasabah pengadu berehat (atau tidur) lama di lebuh raya yang jarak perjalanan masuk-keluar cuma 30 minit?

Analogi lain, isteri menyuruh anda ke kedai runcit di hadapan rumah yang berjarak 20 meter sahaja. Tetapi, anda cuma pulang ke rumah dua jam kemudian. Padahal urusan pergi-balik kedai itu sepatutnya selesai dalam masa 15 minit sahaja. Apabila ditanya isteri pergi mana, boleh pula anda mengamuk tidak ingat dunia. Maklumlah, dah terkantoi melepak kedai kopi sambil main dam haji.

Pengadu mungkin juga sudah memandu lama, cuma dia rasa mengantuk dan mahu berehat sebaik saja masuk lebuh raya PLUS. Kalau benar, kemukakan bukti seperti foto selfie ketika memandu, resit tol atau apa saja sebagai bukti anda sudah lama memandu pada hari sama.

PLUS tidak dapat memberikan ihsan berasaskan andaian semata-mata kerana tindakan itu akan mengundang manipulasi penipuan di kalangan pengguna lebuh raya lain. Nanti berkerumun orang datang buat tuntutan hanya berikan alasan air liur. Kita kena rasional dan profesional.

Kalau memang tiada alasan, anggap saja caj penalti tersebut sebagai bayaran anda menginap lama di RnR. Bolehkan? Duduk hotel murah sekali check-in pun sudah berpuluh ringgit. Apalah sangat kena caj 6-7 ringgit.

@ayen_cb maciam2 laa#plus #suamiorang ♬ original sound – ACIK.EDDY.SALUTE

Baca Lagi:
Cita-cita dari kecil, lelaki ini habiskan RM64,000 untuk jadi anjing, ini hasilnya buat ramai tak sangka
Aliff Syukri ambil Ira Kazar jadi model tudung & gincu, netizen serang mahu boikot produk baru
Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank
CATEGORIES