Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank. Apabila bercakap tentang duit yang tidak dituntut, pasti kita berfikir tentang ahli keluarga yang sudah meninggal dunia dan mempunyai duit dalam akaun. Sebenarnya duit tak dituntut boleh juga jadi daripada akaun kita sendiri yang kita tidak ketahui.

Pasti ramai tertanya-tanya, duit tersebut datang dari mana? Ia bergantung kepada akaun setiap individu. Asalnya duit tidak dituntut ini adalah daripada mana-mana individu atau syarikat. Ia datang dari bentuk simpanan, bank draf, tuntutan takaful, dividen dan macam-macam lagi.

Untuk pengetahuan anda, sehingga 30 April 2023, sebanyak RM 11.2 bilion duit tidak dituntut diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Banyak bukan?

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

Ramai mungkin tidak sedar bahawa duit ini adalah duit yang tidak dibayar kepada individu dalam tempoh setahun. Ia mungkin adalah gaji, komisen, elaun, cagaran, upah, simpanan, akaun semasa, akaun simpanan dan banyak lagi.

eGumis Portal Semakan Duit Tak Dituntut

Dengan adanya portal eGumis, semua orang kini boleh menyemak duit yang tidak dituntut sekiranya ada. Kerajaan telah memperkenalkan portal eGumis ini melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat semakan duit yang tidak dituntut secara atas talian sahaja. Sangat mudah!

eGumis atau Electronic Government Unclaimed Money Information System adalah sistem yang dilancarkan untuk memudahkan proses semakan duit yang tidak dituntut. Sekali gus ia memudahkan masyarakat untuk claim duit mereka yang telah lama tersimpan.

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

Selain daripada duit yang tidak kita ketahui seperti gaji, komisen dan pendapatan lain, duit daripada kad pengenalan yang boleh kita tuntut juga adalah duit Touch N Go yang kita masukkan ke dalam kad pengenalan. Jika dahulu kita ada masukkan duit untuk bayar tol menggunakan kad pengenalan, duit itu juga boleh dituntut jika kita tidak gunakannya lagi.

Terdapat cara yang perlu kita ikuti untuk tuntut semula duit yang tidak dituntut ini. Setiap individu yang mempunyai kad pengenalan boleh menyemak dan boleh daftar di sistem eGumis untuk semakan wang yang tidak dituntut.

Cara Claim Duit Dari IC Atau Permohonan Wang Tidak Dituntut

  1. Layari laman sesawang atau portal eGumis di https://egumis.anm.gov.my/
  2. Jika anda belum pernah mendaftar, tekan di bahagian pendaftaran untuk buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

3. Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran. Maklumat yang diperlukan adalah nama penuh, nombor kad pengenalan, emel, nama pengguna dan kata laluan.
4. Setelah pendaftaran, pengguna akan menerima emel yang mengandungi kata laluan sementara.
5. Log masuk semula ke portal dengan menggunakan kata laluan sementara yang telah diberikan di emel pengguna.
6. Untuk mudah dan lebih baik, pengguna disarankan menukar kata laluan yang baharu supaya tidak lupa dan lebih mudah log ke portal pada masa yang akan datang. Gunakan kata laluan yang mudah anda ingat.
7. Pengguna perlu mengemaskini maklumat pengguna di bahagian profile atau pengguna. Isikan maklumat penting yang diperlukan.

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

8. Klik bahagian Carian Wang Tak Dituntut untuk membuat semakan wang tidak dituntut menggunakan nombor kad pengenalan. Setelah maklumat keluar di paparan, semak no kad pengenalan anda dengan betul dan lihat jumlah wang yang tidak dituntut.

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

9. Pengguna juga boleh mencetak maklumat tersebut untuk simpanan. Penting juga untuk melihat profil anda supaya pada masa akan datang, anda boleh mengemas kini semula maklumat diri sekiranya ada perubahan.
10. Klik Teruskan Dengan Permohonan untuk terus tuntut duit anda secara online.

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

11. Klik + Tambah Penerima, kemudian semak dan isi maklumat tambahan yang diperlukan seperti nama bank dan nombor akaun bank.

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

12. Muat naik semua dokumen Mandatori yang diperlukan untuk proses tuntutan duit.

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

13. Pada bahagian Pengakuan / Pengesahan, tanda dan semak maklumat yang telah dimuat naik.

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

14. Permohonan siap! Proses bayaran akan dibuat selepas segala dokumen sokong disahkan. Anda boleh semak status permohonan di portal yang sama, cuma perlu klik pada bahagian Senarai Permohonan.

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

Contoh Duit Yang Berjaya Dituntut

Sebenarnya, telah ramai yang menggunakan sistem eGUMIS. Ada yang berjaya menuntut duit sebanyak 2 angka, 3 angka, malah 5 angka pun ada. Kebanyakannya adalah RM 20, RM 50 dan lain-lain lagi.

Berikut adalah gambar bagi contoh duit yang berjaya dituntut.

Ramai yang tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara tuntut terus masuk ke akaun bank

Bila difikir-fikir semula, rugi jika tidak tuntut duit daripada kad pengenalan sendiri. Sekiranya ada duit yang tidak dituntut, mungkin itu adalah rezeki untuk gunakan duit kita yang kita tak sedar.

Ramai yang telah berjaya menuntut duit daripada kad pengenalan, ikuti sahaja cara yang telah kami kongsikan di atas.

Portal eGumis ini boleh dibuka dan boleh disemak pada bila-bila masa sahaja. Sesiapa sahaja juga boleh mendaftar untuk menyemak duit yang tidak dituntut. Yang penting mempunyai kad pengenalan atau IC. Pendek kata, rakyat Malaysia wajib semak.

Baca Lagi:
Tarikh kemerdekaan negara sama umur dengan Mydin, ‘OHMYDIN’ tawar hadiah bernilai RM6.6 juta
Bilal dari Terengganu didakwa cabul anak tiri 12 tahun
4 negeri di bawah pentadbiran PN mungkin guna logo, tema Hari Kebangsaan yang berbeza
CATEGORIES