Ramai sebak lihat kucing ‘menangis’ atas kubur tuannya yang sudah meninggal dunia

Ramai sebak lihat kucing ‘menangis’ atas kubur tuannya yang sudah meninggal dunia

Ramai sebak lihat kucing ‘menangis’ atas kubur tuannya yang sudah meninggal dunia. Walaupun telah dibawa pulang ke rumah oleh beberapa penduduk, seekor kucing tetap kembali ke kubur tuannya.

Kucing berkenaan kemudian akan duduk berehat di atas kubur tuannya, kadangkala berbunyi ‘meow’ kuat berulang-kali dan kadangkala senyap seribu bahasa. Kisah kucing tersebut menjadi viral di laman sosial dan mendapat liputan antarabangsa selepas didedahkan oleh seorang pelayar, Keningau Prayitno.

Difahamkan, Keningau sendiri cuba membawa kucing tersebut pulang ke rumahnya, tapi binatang berkenaan tetap berpatah balik ke kubur tuannya.

Ramai sebak lihat kucing 'menangis' atas kubur tuannya yang sudah meninggal dunia

“Beneran mas … pernah sekali saya mahu bawa pulang..tapi gak mau,” kata Keningau dipetik laporan Sriwijaya Post. ‘Ibu Kundari’ tertulis atas batu nisan kubur yang menjadi tempat ‘lepak’ kucing berkenaan.

Post mengatakan Kundari dan suaminya sering memberi makan kepada kucing tersebut ketika pasangan berkenaan masih hidup.

Kisah kucing malang tersebut disamakan dengan kisah anjing bernama Hachiko, yang setia menunggu tuannya yang tidak kembali di sebuah stesen kereta api.

Kisah Hachiko kemudian menjadi filem animasi Jepun, diadaptasi oleh Hollywood, malah sebuah patung anjing ‘Hachiko’ juga dibina di stesen kereta api berkenaan.

Baca Lagi:
Duit kertas RM50 dijual dengan nilai RM708,000 sekeping, ini kelebihannya yang ramai tak tahu
Abang kurier kongsi kisah sedih, tak sempat hantar baju raya terakhir pelanggan, sampai di rumah dapat tahu pelanggan sudah meninggal
“Stesen berikutnya..”- Rupanya ini tuan empunya suara dalam MRT yang selalu kita dengar
CATEGORIES