Rakaman video Kapal terbelah dua dilanda Taufan Chaba, puluhan kru hilang

Rakaman video Kapal terbelah dua dilanda Taufan Chaba, puluhan kru hilang

Rakaman video Kapal terbelah dua dilanda Taufan Chaba, puluhan kru hilang.

Puluhan anak kapal hilang selepas sebuah kapal terbelah dan hampir tenggelam di perairan Hong Kong ketika Taufan Chaba melanda pada Sabtu.

Menurut Perkhidmatan Penerbangan Kerajaan Hong Kong, beberapa helikopter dan pesawat dikerahkan ke lokasi kejadian, kira-kira 300 kilometer barat daya dari Hong Kong.

Daripada 30 anak kapal yang meninggalkan kapal tersebut, hanya tiga mangsa yang berjaya diselamatkan setakat jam 3 waktu tempatan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

CB055239 30DF 4AEE 82DB 1A2AC1962935

Rakaman video oleh pihak berkuasa Hong Kong menunjukkan seorang individu diselamatkan dan dibawa naik ke helikopter ketika kapal yang hampir karam itu dibadai ombak besar.

Menurut tiga mangsa yang terselamat, anak kapal lain dipercayai telah dibawa arus sebelum helikopter pertama tiba.

Anggota penyelamat di Hong Kong dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada 7.25 pagi waktu tempatan dan menemui kapal terbabit di pusat Taufan Chaba.

Pasukan penyelamat berkata, mereka akan memperluaskan skop pencarian mengambil kira jumlah mangsa hilang serta melanjutkan operasi hingga malam ini sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.

VIDEO : https://youtu.be/xKQFCEssGVE

BACA JUGA : 

Ibu-ibu desak Tadika pecat guru cantik ini punca ayah-ayah jadi rajin hantar dan ambil anak

Penduduk gempar penemuan binatang kepala kucing badan seakan tikus

Kejadian waktu Subuh penduduk tak suka dikejutkan azan Subuh, Bilal mati dibelasah orang ramai

CATEGORIES