Rafizi tunjuk reaksi positif

rafiziramlipandanmp

Rafizi tunjuk reaksi positif. Sehingga kini Rafizi Ramli masih belum memberi jawapan yang jelas sama ada beliau akan kembali ke arena politik atau sebaliknya.

Menielang pemilihan PKR April ini, ramai yang mendesak dan menyuarakan harapan agar bekas Ahli Parlimen Pandan itu segera membuat keputusan.

Apatah lagi, pemilihan PKR kali ini boleh dianggap penentuan untuk seseorang itu akan dipilih sebagai calon PRU15 atau tidak.

Dalam kes Rafizi, kedudukannya lebih istimewa lagi kerana jika beliau setuju kembali aktif dalam PKR, jawatan yang semacam telah disediakan untuknya ialah Timbalan Presiden PKR.

Baca lagi:  Tular video makcik pancing ikan hanya guna botol dan umpan tepung gandum buat ramai netizen terkejut

Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Azmin Ali dan kosong berikutan pengkhianatannya terhadap PKR dan kini menyertai Bersatu.

Bermakna, kalau beliau mengumumkan mahu kembali sebagaimana pemintaan banyak pihak dalam PKR itu, bukan saja kerusi Timbalan Presiden sudah terjamin, malah menjadi calon dan menang di Parlimen Pandan juga boleh dianggap terjamin sama buatnya.

Baca lagi:  Naikkan harga telur atau telur akan tiada di bulan Ramadhan

Sebab itu, ramai yang mahukannya segera membuat keputusan, di tambah lagi keadaan politik negara yang semakin tidak menentu sekarang ini.

Soalnya, apakah Rafizi mahu kembali aktif atau sebaliknya?

Respon Rafizi semalam berkenaan keperluannya membuat comeback barangkali memberi sedikit petunjuk yang positif ke arah itu.

Rafizi tunjuk reaksi positif

Baca lagi:  Anwar dedah punca beliau tidak dapat jadi Perdana Menteri…

Selain ingin memohon petunjuk Tuhan, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak lain, termasuk keluarga dan perniagaan yang diuruskannya.

Ternampak Rafizi sendiri sedar keadaan yang tidak menentu sekarang ini, sebab itu katanya – Bila kita ambil jalan politik, niatnya kena betul.

Untuk sementara, dengan responnya yang positif itu, biar Rafizi menyelesaikan beberapa urusan berkaitan langkah yang hendak diambilnya itu terlebih dahulu dan semoga selepas ini, PKR tidak lagi kehilangannya.

ShahbudinHusin

Leave a Reply

Your email address will not be published.