Naikkan harga telur atau telur akan tiada di bulan Ramadhan

Naikkan harga telur atau telur akan tiada di bulan Ramadhan

“Sekiranya kerajaan tidak melaksanakan subsidi iaitu menaikkan harga kepada 40 sehingga 42 sen sebiji, pengeluaran telur akan terus terjejas sehingga tiga juta biji sehari, termasuklah pada Ramadan depan,” dakwa Timbalan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau.

Yoon Yeau berkata, pengurangan sehingga 10 peratus itu berpunca daripada peningkatan kos termasuk pembelian dedak import yang tidak seimbang dengan harga pasaran sebiji telur di bawah kawalan Skim Harga Maksimum Keluaraga Malaysia (SHMKM).

Naikkan harga telur atau telur akan tiada di bulan Ramadhan

Baca lagi:  “Sebab formula saya lah, RON95 kekal murah sampai sekarang”

Menjelaskan dengan lebih terperinci, beliau berkata, secara purata negara memerlukan antara 30 hingga 31 juta biji telur sehari yang dikeluarkan oleh 1,500 penternak.

“Kekurangan bekalan itu juga disebabkan jumlah ayam telur di ladang menurun kerana terpaksa dijual lebih awal bagi mengurangkan kos dedak. Selain itu, kita juga telah mengurangkan kemasukan anak ayam sehingga 20 peratus,” ujar beliau.

Baca lagi:  Pesawat China dikesan ceroboh ruang udara negara lagi

Naikkan harga telur atau telur akan tiada di bulan Ramadhan. “Disebabkan itu, dalam tempoh beberapa bulan, kita boleh nampak trend kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran,” kata Timbalan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia itu.

Pada 31 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, harga telur ayam semua gred kekal seperti harga SHMKM semasa.

Di bawah SHMKM, harga runcit sebiji telur ayam di Semenanjung adalah 44 sen (Gred A), 42 sen (Gred B) dan 40 sen (Gred C) manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan pula bergantung kepada kawasan.

Pelaksanaan kedua-dua harga itu berkuat kuasa bermula 05 Februari hingga 05 Jun 2022.

Baca lagi:  Hadi Usman cipta dapur memasak guna kuasa air

CATEGORIES