Puteri Sarah dedah dicerai 2 kali

Puteri Sarah dedah dicerai 2 kali

Puteri Sarah dedah dicerai 2 kal. Pelakon Puteri Sarah Liyana didakwa pernah diceraikan dua kali oleh suaminya juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Menurut sumber Harian Metro, kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

“Perkara ini memang berlaku dan ada rekod. Malah sudah difailkan pada September 2020 untuk pengesahan lafaz cerai,” katanya kepada Harian Metro.

Puteri Sarah dedah dicerai 2 kali

Sumber itu berkata, difahamkan Syamsul tidak hadir ke mahkamah.

Untuk rekod, kes perceraian pasangan itu masih berjalan di Mahkamah Syariah di sini dan gagal diselesaikan selepas Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu.

Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar sebelum Syamsul mengakui sudah bernikah dengan wanita itu pada awal Januari lalu di Thailand.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Baca Lagi:
Telefon Nokia 3310 dijual pada harga RM20,000, apa kelebihannya? Ini punca jadi mahal
Sambut raya tanpa anak, ibu pelakon dakwa anak diberi minum ‘air syaitan’
Kaum wanita tawar khidmat jadi teman beraya serendah RM100, nak pegang tangan tambah RM70
CATEGORIES