Polis terkejut ingatkan orang minta tolong, rupanya suara kambing bunyi ‘help’

Polis terkejut ingatkan orang minta tolong, rupanya suara kambing bunyi ‘help’

Polis terkejut ingatkan orang minta tolong, rupanya suara kambing bunyi ‘help’. Sepasukan anggota polis di negeri Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) bergegas menyelamatkan seorang lelaki yang meminta tolong, namun terkejut kerana bunyi itu datang daripada seekor kambing, lapor akhbar New York Post semalam.

Rakaman kamera badan memaparkan dua anggota polis berjalan menuruni sebuah padang rumput di bandar Enid ke arah bunyi jeritan meminta tolong.

“Saya rasa itu bunyi orang,” kata salah seorang anggota polis yang keliru.

Polis terkejut ingatkan orang minta tolong, rupanya suara kambing bunyi 'help'

Selepas terdengar satu lagi jeritan, David Sneed dan Neal Storey berlari ke arah bunyi yang mereka dengar seperti seorang lelaki sedang meminta tolong.

Apabila mendekati kawasan itu, Sneed dan Storey mendapati jeritan itu sebenarnya berasal daripada seekor kambing.

Haiwan itu dikatakan marah kerana dipisahkan daripada kambing-kambing lain, jelas pemiliknya kepada polis.

Baca Lagi:
Rupanya ini ikan paling mahal di dunia hidup di perairan Malaysia, harga cecah RM1800 sekilo
Rahsia disebalik imej bersih penyanyi no.1 negara yang ramai tak tahu, rupanya 5 isu kontroversi yang terjadi
Anak lelaki jutawan UK peluk Islam, tak sangka ini reaksi ayahnya buat ramai rasa kagum
CATEGORIES