Polis terima laporan video tular bendera Malaysia dan Israel di Laut Galilee

Polis terima laporan video tular bendera Malaysia dan Israel di Laut Galilee

Polis terima laporan video tular bendera Malaysia dan Israel di Laut Galilee. Polis menerima laporan berkaitan satu rakaman video lagu Negaraku yang dinyanyikan oleh beberapa individu dengan Jalur Gemilang dikibarkan bersama bendera Israel, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan itu jam 11.20 malam kelmarin daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan melihat rakaman video berdurasi 47 saat berkenaan menerusi kumpulan Whatsapp.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada September lalu ketika sekumpulan individu tempatan mengadakan lawatan ke sebuah negara bersama dengan agensi pelancongan.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Polis terima laporan video tular bendera Malaysia dan Israel di Laut Galilee

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa bahan di mana-mana platform.

“Ia bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis serta menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Rakaman video itu dipercayai diambil semasa lawatan kumpulan individu berkenaan ke Laut Galilee yang terletak di dalam kawasan jajahan Israel.

Terdapat beberapa pautan turut dikesan membabitkan perkongsian video itu di media sosial lain.

Baca Lagi:

Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta

Kes Ganja: Hakim sebulat suara ketepikan hukuman penjara kepada Farid Kamil

Kabinet k’jaan perpaduan Anwar dijangka diumum hari ini

CATEGORIES