
PLUS mengeluarkan jadual waktu sesak yang perlu dielak pengguna ketika pulang raya
PLUS mengeluarkan jadual waktu sesak yang perlu dielak pengguna ketika pulang raya. PLUS Malaysia Berhad telah mengeluarkan saranan waktu-waktu yang perlu dielakkan pengguna lebuh raya ketika sambutan Hari Raya akan datang ini. Menurut PLUS mereka menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuhraya PLUS dan LPT2 kendalian mereka kelak yang bersamaan dengan peningkatan 20% berbanding hari-hari biasa.
Waktu-waktu puncak dijangka berlaku pada 20-21 April, 24 – 25 April, 29 April – 1
Mei dan 4 -7 Mei 2023. Pengguna disarankan merancang perjalanan mereka bagi mengelakkan kesesakan yang dijangka berlaku pada tarikh-tarikh di atas. Bagi mengurangkan kesesakan, PLUS akan menghentikan sementara kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan di lebuh raya mulai 19 April hingga 1 Mei akan datang.
Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini sempena musim perayaan di Lebuhraya PLUS dan LPT2 menerusi beberapa medium komunikasi dengan mengikuti Twitter @PLUStrafik atau twitter @LPT2trafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, stesen-stesen radio dan papan tanda elektronik (VMS).