Rupanya Sardin Ayam Brand milik orang Perancis bukan milik Malaysia?

Photo of author

By Joe

Rupanya Sardin Ayam Brand milik orang Perancis bukan milik Malaysia? Ayam Brand memang ditemui dan diterajui oleh orang Perancis, hakikat yang kita tak boleh nafikan.

Tapi, label pada pembungkusan: PRODUCT OF MALAYSIA ni menandakan ia dihasil dan dibungkus di MALAYSIA yang tercinta!

Rakyat Malaysia kena berbangga, produk kita ni setanding kualiti dan nilai pemakanan dengan produk UK!

Rupanya Sardin Ayam Brand milik orang Perancis bukan milik Malaysia?

Bukan setakat ada HACCP certification, ada QMS dan HALAL certifications juga!

Produk ni dah lebih 120 tahun dipasaran, yang tak pernah beli ja dok kata produk ni ‘tak Malaysia’ ! 😂

Sungguh la ikan dia, tomato dia, bahan lain mai dari luaq negara, memang sungguh betoi pun.

Tapi, kilang dia, pekerja dia, proses pembuatan dia dari simpanan ikan sejuk beku- cutting-gutting-filling-seaming-retorting-labelling, semua buat di Malaysia tercinta oleh rakyat Malaysia tercinta!

Tang mana lagi nak kata Ayam Brand ni, bukan buatan dan produk Malaysia? Habaq maiiiiiii, rasa lagu nak kuteyyyy dan tibai ja! Besaaa sungguhhhh dok lawan orang kata ni!

Ya, jenama ini sebenarnya telah diasaskan oleh seorang lelaki Perancis yang bernama Alfred Clouet. Dan syarikat ini pada asalnya telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1892. Dan tentulah pada masa itu ia masih lagi sebahagian daripada negara ini. Alfred Clouet telah dilahirkan pada 1866 di Le Havre yang terletak di utara Perancis.

Mengikut rekod, lelaki ini telah tiba di Singapura pada tahun 1891 dan pekerjaan pertamanya ialah di syarikat perdagangan yang turut dimiliki warga Perancis. Menariknya, apabila pemilik syarikat tersebut ingin kembali ke Perancis, beliau telah menyerahkan syarikat tersebut kepada Clouet. Dan disinilah permulaan kepada perjalanan Clouet sebagai sorang usahawan.

Pada mulanya, Clouet ingin mengusahakan perniagaan mengimport barangan dari Perancis seperti wangian dan juga wain. Namun, sambutan yang diterima agak menghampakan. Jadi, beliau mengambil keputusan untuk mengedarkan makanan dalam tin. Pada waktu itu, makanan di dalam tin dianggap sebagai makanan mewah. Jadi hanya golongan kaya sahaja yang mampu untuk membelinya.

Logo Cap Ayam Yang Terkenal

Clouet mahu memecahkan tradisi ini dan menjualnya dengan skala yang besar kepada penduduk British Malaya ketika itu.

Lalu terciptalah logo yang mengandungi imej ayam jantan yang dikenali sebagai Gallic Rooster pada setiap produk syarikatnya.

Gallic Rooster ini sebenarnya merupakan simbol tidak rasmi negara Perancis.

Inilah permulaan kepada panggilan ‘Cap Ayam’ kepada semua produk syarikatnya. Sekaligus dijadikan nama kepada jenama produk makanan dalam tin syarikat tersebut.

Beliau kemudian telah mempelbagaikan lagi produk keluarannya seperti cendawan dan kacang peas.

Namun menu sardin tetap menjadi produk nombor satu pilihan pembeli. Namun, penglibatannya bersama syarikat ini tidak panjang apabila beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Mesir.

Perniagaan ini kemudiannya diambil alih dan dijadikan perniagaan keluarga oleh Kumpulan Syarikat Denis Freres yang juga merupakan bangsa Perancis.

Kini jenama ini, bukan sahaja mendapat tempat dihati pengguna di rantau Asia Tenggara, tetapi juga turut menerima sambutan di negara lain seperti Australia, Perancis dan juga New Zealand. Kejayaan jenama yang bertahan lebih dari 120 tahun ini boleh dijadikan inspirasi oleh kita semua.

Nama pengasas diabadikan dalam beberapa nama syarikat pengedaran : A.Clouet & Co (KL) Sdn Bhd di Malaysia; Clouet Trading Pte. Ltd. di Singapura; A. Clouet (Australia) Pty. Ltd. di Australia.

Bagaimana seorang lelaki asing di negara ini berjaya mencipta kejayaan yang luar biasa?

Kita sebagai penduduk jati pasti boleh melakukan lebih lagi bukan? Jika adanya usaha, segala yang mustahil boleh berlaku.

Baca Lagi:
Malam pertama aku tak boleh tidur di hospital sakit jiwa, sekali aku ternampak ada 1 bilik yang lebih kecil dari semua bilik..
Setelah 6 tahun berlalu, Mat Over mohon maaf kepada David Teo insiden menampar depan Najib Razak
Bukit Aman tubuh pasukan khas siasat kes hina agama, kaum dan raja