Pesara tentera 81 tahun jadi jutawan segara, menang cabutan Al-Awfar RM1 juta

Photo of author

By Joe

Pesara tentera 81 tahun jadi jutawan segara, menang cabutan Al-Awfar RM1 juta. Pesara tentera, Mohd Yusoff Ahmad, 81, dari Pasir Mas, Kelantan, telah dinobatkan sebagai Jutawan Al-Awfar ke-44 sempena Cabutan Jun 2024 Al-Awfar Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam).

Beliau memenangi Hadiah Cabutan Jutawan Jun 2024 Al-Awfar iaitu wang tunai RM1 juta menerusi pelaburan dalam akaun Al-Awfar yang dibukanya sejak 2012.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Perbankan Runcit Bank Islam, Mizan Masram, berkata selepas 15 tahun berada di pasaran, Al-Awfar terus menerima sambutan yang memberangsangkan, dengan merekodkan saiz dana berjumlah lebih RM5.1 bilion menerusi 1.3 juta akaun.

Pesara tentera 81 tahun jadi jutawan segara, menang cabutan Al-Awfar RM1 juta

“Semua ini tidak dapat dicapai tanpa kepercayaan daripada pelanggan terhadap Bank Islam. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Al-Awfar adalah produk identiti Bank Islam dan akaun pelaburan inovatif berisiko rendah yang berdasarkan konsep Mudarabah.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2009, Bank Islam telah melahirkan seramai 44 orang Jutawan Al-Awfar, dengan lebih 10,000 pelanggan yang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui 15 kategori.
Program ini terbuka kepada semua individu, entiti perniagaan, persatuan, badan agama, sekolah, universiti, kelab, dan pertubuhan. Dana Al-Awfar dilaburkan dalam portfolio Pembiayaan Rumah dan Aset Tetap sedia ada Bank Islam bagi memastikan pelaburan yang mampan.

Sementara itu, Mohd Yusoff menyatakan bahawa dia tidak menyangka akan menjadi pemenang Cabutan Jutawan Al-Awfar.

“Apabila saya diumumkan sebagai Jutawan Al-Awfar ke-44, saya berasa sangat bersyukur dan terkejut kerana saya tidak pernah memenangi sebarang cabutan sebelum ini daripada bank.

“Saya amat berterima kasih kepada Bank Islam atas peluang yang diberikan dan saya menggalakkan semua, khususnya yang beragama Islam, untuk membuka akaun Al-Awfar kerana terdapat pelbagai ganjaran menarik yang ditawarkan,” katanya.

Selain Mohd Yusoff, seorang kakitangan swasta, Ariffin Mahaiyuddin, 54, turut bergelar Jutawan Al-Awfar ke-43.

Pemenang lain membawa pulang hadiah lumayan berupa kereta BMW 320i M Sport, Honda HR-V, Honda City Hatchback, Perodua Myvi 1.5, dan wang tunai bernilai RM100,000.

Baca Lagi:
Wanita jadi ibu tunggal sekelip mata tak sempat merasa duit KWSP suami RM400k, rupanya ibu mentua diletak sebagai penama
Wanita mahu jual katil ada ‘penunggu’ dengan harga RM60 di Facebook
Wanita buat laporan polis diganggu panggilan misteri 100 kali setiap hari, terkejut bila dapat tahu dalang sebenar